Category: Childs

(Posting 8) Emosi gembira kanak-kanak
April 16, 2025 by admin 0 Comments

PERSEDIAAN ANAK MASUK TADIKA DARIPADA SEGI EMOSI

Fasa anak masuk ke tadika pastinya mencetuskan rasa bimbang dan tidak senang duduk kepada anak kerana fasa tersebut adalah fasa yang baru dalam kehidupan mereka. Anak kita yang selesa duduk di rumah bersama ibu bapa , kini perlu ke tadika dan bakal bertemu suasana dan orang yang baru. Anak kita yang sudah selesa bersama pengasuh atau taska , kini perlu ke tadika yang baru dan mengalami perubahan baru.

Apa yang ibu bapa boleh bantu sediakan mereka daripada segi EMOSI untuk buatkan anak lebih selesa dan bersedia serta tidak terkejut di tadika ?

 

SEBELUM KE TADIKA

  1. Mulakan bercerita kepada mereka tentang tadika beberapa minggu sebelum sesi ke tadika bermula. Bila diceritakan selalu, mereka dapat jangka apa yang berlaku
  2. Ibu bapa boleh menghantar anak ke tadika untuk proses suai kenal mungkin selama sehari seminggu di tadika yang bakal mereka masuk nanti pada tahun hadapan. Ada tadika yang membenarkan proses begini dan kadar bayaran dikenakan mengikut kadar harian. Ibu bapa boleh berbincang dengan pihak tadika jika ingin menggunakan pendekatan ini. Anak akan terbiasa dengan suasana tadika tersebut bila dia masuk secara rasmi pada tahun seterusnya.
  3. Ibu bapa perlu mengetahui jadual di sekolah dan memaklumkan kepada anak-anak tentang jadual tersebut sebelum dihantar ke tadika. Emosi anak lebih stabil jika dia mengetahui apa yang bakal berlaku di sekolah sebagaimana dia mengetahui apa kebiasaan di rumah.
  4. Bacakan buku berkenaan tadika kepada anak sebagai ‘bedtime’ story atau bacaan harian.
  5. Bacakan doa untuk bantu mereka tenang.

SELEPAS KE TADIKA

  1. Sambut dengan senyuman dan ucapan tahniah serta rasa bangga kita.                                                                                                   
    “MasyaAllah, anak ayah dah berjaya pergi tadika hari ini. Tahniah! Ayah bangga dengan kakak sebab berjaya pergi tadika. Allah mesti sayang kakak sebab kakak belajar benda yang baik di sekolah . Moga Allah rahmati anak ayah ini!.”
  2. Sentiasa berkomunikasi dan galakkan anak bercerita untuk dia lepaskan dan maklumkan tentang emosi yang dia lalui di sekolah.
  3. Bertanya tentang keadaan di sekolah dengan soalan yang boleh membina kecerdasan emosi mereka. Contoh,

     “Adik ada tolong kawan di sekolah hari ini?”

    “Kawan ada tolong adik tak hari ini di sekolah?”

    “Adik ada buat kawan happy tak sekolah hari ini?”

    “Kawan ada buat adik happy hari ini di sekolah?”

  4. Validasi emosi anak jika mereka masih sedih dan ada kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan sekolah. Mereka akan menangis . Peluk dan berikan sentuhan.
  5. Berikan ganjaran yang sesuai yang boleh dipersetujui sebelum ke tadika. Sebagai contoh, seminggu ke tadika akan dapat hadiah mainan atau buku cerita.
  6. Ucapkan rasa bangga kerana mampu ke sekolah.

     “Alhamdulillah, Allah bagi abang semangat boleh pergi sekolah. Mama bangga dengan abang.”

Sokongan emosi daripada ibu bapa sangat penting dalam membantu anak menyesuaikan diri di sekolah. Dalam masa yang sama, penting juga untuk ibu bapa menguruskan emosi diri sendiri seperti kasihan, rasa serba salah dan sedih untuk membantu anak mengurus emosinya dengan lebih baik.

 

(Posting 7) Anak ke sekolah
April 16, 2025 by admin 0 Comments

5 S YANG PERLU IBU BAPA BUAT SEBELUM HANTAR ANAK KE TADIKA

Proses menghantar anak adalah proses perubahan yang besar pada anak , ibu bapa dan keluarga. Anak akan terdedah dengan suasana baru dan gaya didikan yang baru dalam pembentukan iman dan personaliti mereka .

Pastinya ibu bapa perlu melakukan persediaan yang rapi untuk fasa ini. Jom ketahui 5 S yang boleh diusahakan ibu bapa dalam proses menghantar anak ke tadika!

S : SAYANG

Bila ibu bapa bersedia untuk menghantar anak ke tadika, ibu bapa perlu lebih MENYERLAHKAN sayang  kepada anak. Sayang itu perlu sampai kepada anak dengan setulusnya dan dalam bahasa yang difahami anak, bukan sayang dalam bentuk “garang ‘.

Kanak-kanak perlu dimaklumkan tentang kemasukan dia ke tadika sejak awal supaya dia bersedia. Mereka perlu mendapat mesej bahawa mereka dihantar ke tadika kerana kita mahukan kebaikan dan mereka merasai kegembiraan dan keseronokan.

“Adik, ibu nak hantar adik pergi tadika , di sana  ada kawan baru, ada buku baru , seronok sangat ,”

Banyakkan memeluk dan berborak dengan mereka kerna dengan bercakap, mereka akan rasa diberi perhatian.

S : SYUKUR

Persediaan ini bukan untuk anak tetapi khusus untuk ibu bapa sendiri.Ibu bapa kena jujur dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan.

Mungkin anak  belum bersemangat untuk tadika tetapi anak berada dalam keadaan sihat.

Syukur ini perlu dilafazkan kepada diri sendiri dan Allah. Bila ibu bapa mengiktiraf nikmat-nikmat ini dan bersyukur, barulah sifat sabar boleh ada.

Mungkin kita kata anak  menjerit dengan kuat pada waktu pagi bila ingin ke sekolah, tetapi daripada sudut lain ibu bapa boleh melihat daripada perskpektif badan anak  sihat dan aktif. Syukuri dulu nikmat sihat meskipun jiwa anak belum mampu dipujuk ke tadika.

Syukur yang ada dalam diri ibu bapa akan melahirkan suasana yang positif di rumah. Jika suasana positif ini tidak diwujudkan, anak tidak dapat disediakan untuk pergi ke fasa yang baru dalam perkembangan dirinya.

S: SABAR

Bila kita ada syukur, ibu bapa sudah ada landasan yang tepat untuk bersabar. Dengan perspektif syukur, jiwa ibu bapa akan mampu bertahan untuk keadaan yang luar jangka. Bila mendidik anak-anak kecil terutamanya, proses ini tidak boleh diletakkan harapan yang tinggi bahawa mereka akan mengikut semua yang ibu bapa rancangkan. Expect the unexpected.

Mungkin mindset anak disediakan untuk ke sekolah tetapi mungkin banyak kaejadian luar jangka akan berlaku. Mungkin ada waktu pagi, dia dah bersemangat memakai baju, akhirnya tiba di sekolah, mungkin dia tidak mahu ke sekolah.

Menerima keadaan ke tadika ini sebagai ruang pahala untuk ibu bapa yang mana ianya menuntut pengorbanan . Selain pengorbanan kewangan, proses ini memerlukan pengorbanan pengurusan masa dan pengurusan emosi dan rohani.

Keadaan begini sememangnya menuntut sabar yang besar daripada  ibu bapa. Namun, dengan perspektif syukur ini , ibu bapa akan ada kekuatan bahawa kesabaran ini akan membuahkan sesuatu yang baik

Bersabar ini bukan semata-mata dalam posisi bertahan, maksud bersabar juga adalah ibu bapa bersabar dalam mengusahakan pilihan-pilihan yang lain. Dalam memujuk anak, ibu bapa perlu buat banyak usaha pada banyak masa. InsyaAllah , berbekalkan ilmu, ibu bapa akan melihat pilihan-pilihan yang boleh dilakukan.

Walaupun anak di usia4-6 tahun, antara usaha yang ibu bapa boleh lakukan ialah dengar apa yang mereka ingin katakana dan cuba faham apa yang dia bimbangkan. Apabila dia menangis, kita berikan piihan-pilihan yang boleh membuatkan kita memahami mereka.

Boleh berikan pilihan soalan-soalan begini,

“Kakak lapar ke?” , “Kakak takut ke?”, ”Kakak teringatkan mainan di rumah”.

Teknik ini akan membuatkan anak mudah untuk bekerjasama dan menimbulkan sabar juga dalam diri ibubapa.

 

S: SISTEM

Dalam mempersiapkan anak  untuk pergi ke tadika, ibu bapa kena mula membina peraturan. Peraturan perlu disesuaikan dengan fasa baru yang bakal ditempuhi.

Contoh, peraturan sedia ada, anak boleh mandi pada pukul  9 pagi, proses memandikan anak perlu dimulakan awal sedikit demi sedikit. Peraturan ini dimaklumkan dengan gembiran dan seronok kepada anak.

“Jom kita mandi awal , jadi ummi boleh sabunkan abang.” Fokusnya untuk membuat mereka gembira dengan sistem baru ini.

Dalam melaksanakan sistem baru ini, ibu bapa wajib bertegas.  Pertama sekali, ibu bapa perlu tegas dengan diri sendiri dan memberikan komitmen penuh dalam melatih mereka. Kanak-kanak tidak mempunyai kapasiti untuk mengikut semua perancangan ibu bapa pada usia ini. Mereka sangat perlu dibantu dan diberikan sokongan.

Sebagai contoh,jika ibu bapa mahu mandikan anak jam 7.30 pagi, ibu bapa perlu ubah rutin bangun diri sendiri daripada 6.30 pagi ke 5.30 pagi. Ibu bapa perlu mendisiplinkan diri untuk perancangan diri. Sistem ini berkaitan juga waktu sarapan anak , juga waktu tidur malam dan waktu attachment dengan ibu dan bapa pada waktu pagi. Ubah secara berperingkat supaya tidak tergesa-gesa kerana tergesa-gesa akan memberi kesan pada jangka masa panjang.

S: SOLAT

Solat yang perlu didisiplinkan kepada ibu ayah , bukan anak kerana mereka masih belum diwajibkan solat. Kenapa solat ini termasuk dalam 5 S sebelum ke tadika ? Kerana ibu bapa kena jelas urusan pendidikan anak-anak juga urusan Allah, bukan semata-mata tadika mana yang  didaftarkan, kawan-kawan yang bagaimana di tadika dan guru yang ajar anak-anak. Kesedaran ibu ayah bahawa urusan mendidik anak sentiasa memerlukan Allah kerana banyak perkara di luar kawalan manusia.

فَفِرُّوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ ۖ إِنِّى لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌۭ مُّبِينٌۭ

Maksudnya : (Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): “Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. (Surah Az-Zariyaat : 50)

Bila solat dititikberatkan, bila ibu bapa hantarkan anak ke tadika, ibu bapa tahu kita perlukan Allah. Perbaikilah solat . Urusan menghantar anak ke tadika adalah urusan yang penting. Mintalah bantuan Allah supaya pengalaman ke tadika menjadi lonjakan kepada anak untuk memiliki peribadi yang teguh dan soleh. Mintalah kepada Allah untuk direzekikan guru-guru yang mempunyai peribadi yang baik, sabar , penyayang dan tegas.  Mintalah kepada Allah supaya anak mendapat kawan-kawan yangb mendorong nak membuat kebaikan.

Hubungan ibu bapa dengan Allah perlu rapat .Allah sebagai tuan punya sebenar diri anak-anak kita  dan tuan punya syurga yang akan menjadi kediaman kekal untuk anak-anak kita. Pandanglah urusan menghantar anak ke tadika ini sebagai sebuah perjalanan dan urusan kita dalam menyediakan anak untuk ke syurga Allah.

5 S ini perlu kita laksanakan untuk menjadi ibu bapa dan pendidik yang bertanggungjawab. Selamat menghantar anak ke tadika dengan tenang dan bahagia. Anak-anak kita telah masuk fasa baru dalam kehidupannya. Nikmat yang perlu disyukuri dan diraikan dengan ilmu. 

(posting 6) pendidik terdidik
October 25, 2024 by admin 0 Comments

Apakah Tanda Aras Kejayaan Kita ?

Tanda aras kejayaan sebuah pendidikan biasanya diukur pada pencapaian pelajarnya. Namun sebelum pelajar mendaki tangga jaya, mereka perlukan guru yang mengenal apakah makna berjaya. Jika tidak, mungkin saja yang disangka berlian hanyalah kaca. Jika pandangan guru hanya sebatas dunia, anak-anak mungkin tidak ditunjuk jalan syurganya.

Untuk berjaya, pendidik mestilah lebih dahulu terdidik. Terdidik dengan teknik-teknik terkini, namun lebih utama, terdidik dengan tujuan sebenar pendidikan. Tujuan yang benar akan menyerlahkan tanda aras yang sepatutnya. Antara tanda aras kejayaan pendidikan ialah ia mampu membawa pendidik semakin akrab dengan Tuhan.

Maka apakah sasaran pendidikan kita dan apakah tanda aras kejayaannya? Apakah anak-anak didik kita sedang melangkah di lorong kejayaan sebenar? Who is leading them? Akhirnya kita akur, mendidik pendidik adalah komitmen utama kita. Atas semangat surah Al-‘Alaq yang membawa perintah “Bacalah!”, kita berharap para pendidik kita mencapai tanda aras utama kejayaan insan yang disebut di akhir surah- “…wasjud waqtarib” – dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhanmu)

Petikan daripada Artikel “Apakah Tanda Aras Pendidikan Kita?” oleh Puan Badariah Ismail (Pengarah Dzul Iman)

Pendidik di Dzul Iman diperkasakan secara berterusan dengan ilmu dan latihan. Semoga dapat mewariskan kebenaran buat anak-anak di Dzul Iman. InshaAllah.

tunggu salam
October 15, 2024 by admin 0 Comments

Mengaji dengan ibu ayah ❤

Tips:

  1. Ibu dan ayah mesti BAHAGIA untuk mengajar anak. Ingat malaikat sentiasa ada mencatat. Tiap huruf disebut, tercatat sepuluh hasanat (kebaikan)
  2. Gembirakan anak. Siapkan ‘mindset’ anak. Ajak main, peluk, puji dan pujuk. Bahagian ini mungkin perlu 5 minit.
  3. Sesi pendek dan ceria. Mengaji yang fokus, cukup dengan 5-7 minit. Berhenti sebelum anak bosan.
  4. Jangan marah-marah. Tegas bersama kasih sayang. Pesan Nabi SAW, “Jangan marah, bagimu syurga.”

Khalifah song poster
October 15, 2024 by admin 0 Comments

Lagu Khalifah

“Sebak dengar anak-anak tu menyanyi.”

Begitu komen Dr Yasmin sebaik mendengar suara anak-anak dari kaset hitam yang kini hanya menjadi nostalgia.

Itulah pertama kali rakaman lagu Khalifah ini diperdengarkan di luar tadika Dzul Iman. Dirakam mentah terus ke kaset tanpa edit. Itulah yang termampu di era tanpa ‘smartphone’ di tahun 2004.

Hari itu, Dzul Iman hadir di Taski Al Firdaus, Klang bersama Dr Yasmin dan Dr Alini yang mewakili Khalifah Institut. Mereka membentangkan dua kertas konsep bagi Method Khalifah. Kami dari tim Dzul Iman berkongsi cara menyemai kesedaran sebagai khalifah Allah, bagi anak kecil.

Antara yang dikongsi adalah lagu Khalifah ini. Lagu dianggap medium mendidik yang mudah diterima anak kecil. Anak mempelajari nilai mulia serta kosa kata baru, dalam keceriaan menyanyi bersama guru.

Lagu Khalifah ini diinspirasikan dari rentak lagu Sua Sue Kemuning, yang dipopularkan oleh Allahyarham P.Ramlee. Lirik lagu ini bertujuan membiasakan anak dengan perkataan Khalifah serta memahamkan tanggungjawab untuk menjadi orang baik (make myself good) dan membantu orang lain jadi baik (help others to become good)

Untuk anak kecil, ‘orang lain’ (others) merujuk kepada orang-orang yang dekat dengan mereka – ayah, ibu, adik (baby) dan guru. Mereka dihubungkan dengan anak atas nilai kasih sayang. Pastinya kasih sayang teragung diikat kemas kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.

Tiap bait perkataan dalam lagu ini, dipilih teliti bagi menyimpan nilai-nilai murni. Ayat dibina pendek dengan rima yang menarik. Ia menepati konsep didik hibur- mudah dinyanyikan oleh anak kecil, sambil memaknakan hubungan anak dengan Allah, serta orang tersayang.

Lirik ini ditulis di celah kesibukan mendidik lima anak yang masih kecil (usia 2 hingga 10 tahun) Tulis padam yang berkali-kali. Kadang di dapur, kadang di celah anak yang berkelahi.

Tidak pernah terfikir setelah 20 tahun, Allah izinkan muzik video ‘Khalifah Song’ ini hadir membantu pendidikan anak-anak kecil. Alhamdulillah thummalhamdulillah. Moga ia dapat dimanfaatkan oleh ibubapa dan guru tadika, tanpa mengira jenama.

Terima kasih seluruh tim yang gigih berusaha, juga adik kakak, sahabat dan teman yang setia bergabung dalam perjuangan ini. Allah rahmati kalian. Barokallahu feekum.

Tadika-Dzul-Iman-Anak-Khalifah-Membaca-Buku
October 8, 2024 by admin 0 Comments

Suka Membaca Vs Cepat Membaca

Menanam minat terhadap buku dan ilmu adalah jauh lebih penting daripada sekadar membina kemahiran membaca. Anak yang SUKA membaca akan memiliki kekuatan jangka panjang untuk terus meneroka ilmu tanpa perlu disuruh arah oleh sesiapa.

Jangan tergesa-gesa ingin anak pandai baca hingga menjejaskan sukanya anak pada buku. Elakkan cela dan paksa, marah dan arah. Banyakkan penghargaan dan dorongan.

Hargai PROSES belajar agar anak sentiasa mendapat ransangan positif. Tidak mengapa jika anak membaca sedikit lambat namun penuh MINAT. Minat/cinta pada buku dan ilmu ini menjadi aset besar yang memacu anak pada kecemerlangan dunia akhirat.

Guru-Tadika-Dzul-Iman-Basic-Life-Support-CPR 7
July 30, 2024 by admin 0 Comments

Kursus Asas Pertolongan Cemas dan CPR

Pada 27 Julai 2024 yang lalu, guru-guru Dzul Iman telah menjalani Kursus Asas Pertolongan Cemas dan CPR yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Psikologi Jiwadamai, Shah Alam.

Dalam kursus ini guru-guru telah diberi latihan bagaimana berhadapan dengan situasi yang boleh membahayakan melibatkan nyawa orang persekitaran. Bagaimana perlu memastikan suasana tidak panik ketika berhadapan dengan sesuatu kes kecemasan terutamanya ketika berada bersama-sama anak-anak di tadika.

Basic Life Support yang telah dijalani oleh guru-guru merangkumi bagaimana mengurus bayi, kanak-kanak dan orang dewas yang tercekik. Dan juga latihan bagaimana memberi CPR kepad bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.

Semoga setiap ilmu yang diperolehi guru-guru bermanfaat.

 

Anak-berfikir-Tadika-Dzul-Iman-Smart-Khalifah-Berfikir
July 29, 2024 by admin 0 Comments

Didik Si Kecil Berfikir & Memilih

Usia empat hingga enam tahun merupakan fasa besar dalam kehidupan anak. Segala yang dilihat, didengar dan dirasa pada umur ini akan menjadi pasak dalam kecemerlangan anak apabila dewasa kelak. Adalah amat penting untuk pendidik (ibu bapa/guru) peka apakah keutamaan dalam mendidik bagi anak di usia ini. 

Anak perlu dilihat sebagai ciptaan Allah yang dimuliakan dengan anugerah aqal. Aqal memberi kita kemampuan mengenal Allah s.w.t dan memakmurkan dunia melalui kebolehan berfikir, mencipta dan mentadbir. Kehebatan dan peranan besar aqal ini perlu diiktiraf sejak kecil.

Biasakan anak-anak kecil kita membuat pilihan sendiri, semudah pensil mana yang ingin dibawa ke sekolah. Seterusnya izinkan dia membuat pilihan yang lebih serius, contohnya pukul berapa ingin solat Asar, 4.30 petang atau pukul 5 petang.

Pendidik kepada anak-anak di usia ini, haruslah tidak bersikap seperti PENGARAH. Sebaliknya pendidik perlu menjadi PENGARUH (influence) yang baik.

Caranya ialah dengan menerangkan kesan sesuatu perbuatan dengan jelas dan mudah kepada anak. Anak faham bahawa tiap tindakan mempunyai kesan buruk, baik dan lebih baik.

Seterusnya pendidik sentiasa bersedia mengukuhkan pilihan anak dengan kata-kata yang positif terhadap kesan baik usaha anak itu. Contohnya, “Kemas Aina susun buku, selesa untuk belajar, tentu Allah suka” Dorongan berterusan sebegini, akan melatih anak untuk berfikir dan memilih, sebelum melakukan sesuatu.

Paling penting, anak akan menyedari bahawa sebagai Khalifah Allah, dia mempunyai satu kekuatan istimewa iaitu kemampuan untuk berfikir dan membuat pilihan – ‘the power to think and choose’. Anak akhirnya terbiasa untuk tidak menyalahkan orang lain serta berinisiatif dalam memperbaiki sesuatu keadaan.

Fokus didikan yang mensasarkan aqal dan jiwa anak ini akan melahirkan anak yang cemerlang dan bertanggungjawab serta mampu membuat keputusan-keputusan besar lagi benar, sepanjang hayatnya, insyaAllah!

 

PIC 6 15_08
August 15, 2023 by admin 0 Comments

Jom Membuat Lempeng !!

“Ya Allah, Aaron pergi kedai dia tunjuk mama bahan-bahan buat lempeng” ~ Puan Norhasikin.

Wah, Khalifah belajar dalam aktiviti kelas, dah boleh tolong Ibu beli barang untuk buat lempeng di rumah pula. Awesome blossom, Khalifah 👍👍

Jazakallah Khair pendidik Dzul Iman Smart Khalifah Bdr Saujana Putra membimbing Khalifah “Practical Life Session” memasak menu mudah dengan baik.

#learningisrewarding

#dzulimansmartkhalifah

#choosetobegood

PIC-1-12_08
August 14, 2023 by admin 0 Comments

Ibu Ayah ialah madrasah pertama dalam mendidik tauhid anak-anak

Ibu Ayah ialah madrasah pertama dalam mendidik tauhid anak-anak, kelangsungan pembelajaran ini bersambung semasa peringkat tadika, sekolah dan seterusnya.

Alhamdulillah, masyaAllah.

Semoga Allah membantu perjuangan kita #mewariskankebenaran #choosetobegood

Terima kasih Puan Amani Peter keluarga besar Dzul Iman berkongsi titipan ingatan😍