Category: Care

(posting 6) pendidik terdidik
October 25, 2024 by admin 0 Comments

Apakah Tanda Aras Kejayaan Kita ?

Tanda aras kejayaan sebuah pendidikan biasanya diukur pada pencapaian pelajarnya. Namun sebelum pelajar mendaki tangga jaya, mereka perlukan guru yang mengenal apakah makna berjaya. Jika tidak, mungkin saja yang disangka berlian hanyalah kaca. Jika pandangan guru hanya sebatas dunia, anak-anak mungkin tidak ditunjuk jalan syurganya.

Untuk berjaya, pendidik mestilah lebih dahulu terdidik. Terdidik dengan teknik-teknik terkini, namun lebih utama, terdidik dengan tujuan sebenar pendidikan. Tujuan yang benar akan menyerlahkan tanda aras yang sepatutnya. Antara tanda aras kejayaan pendidikan ialah ia mampu membawa pendidik semakin akrab dengan Tuhan.

Maka apakah sasaran pendidikan kita dan apakah tanda aras kejayaannya? Apakah anak-anak didik kita sedang melangkah di lorong kejayaan sebenar? Who is leading them? Akhirnya kita akur, mendidik pendidik adalah komitmen utama kita. Atas semangat surah Al-‘Alaq yang membawa perintah “Bacalah!”, kita berharap para pendidik kita mencapai tanda aras utama kejayaan insan yang disebut di akhir surah- “…wasjud waqtarib” – dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhanmu)

Petikan daripada Artikel “Apakah Tanda Aras Pendidikan Kita?” oleh Puan Badariah Ismail (Pengarah Dzul Iman)

Pendidik di Dzul Iman diperkasakan secara berterusan dengan ilmu dan latihan. Semoga dapat mewariskan kebenaran buat anak-anak di Dzul Iman. InshaAllah.

tunggu salam
October 15, 2024 by admin 0 Comments

Mengaji dengan ibu ayah ❤

Tips:

  1. Ibu dan ayah mesti BAHAGIA untuk mengajar anak. Ingat malaikat sentiasa ada mencatat. Tiap huruf disebut, tercatat sepuluh hasanat (kebaikan)
  2. Gembirakan anak. Siapkan ‘mindset’ anak. Ajak main, peluk, puji dan pujuk. Bahagian ini mungkin perlu 5 minit.
  3. Sesi pendek dan ceria. Mengaji yang fokus, cukup dengan 5-7 minit. Berhenti sebelum anak bosan.
  4. Jangan marah-marah. Tegas bersama kasih sayang. Pesan Nabi SAW, “Jangan marah, bagimu syurga.”

Khalifah song poster
October 15, 2024 by admin 0 Comments

Lagu Khalifah

“Sebak dengar anak-anak tu menyanyi.”

Begitu komen Dr Yasmin sebaik mendengar suara anak-anak dari kaset hitam yang kini hanya menjadi nostalgia.

Itulah pertama kali rakaman lagu Khalifah ini diperdengarkan di luar tadika Dzul Iman. Dirakam mentah terus ke kaset tanpa edit. Itulah yang termampu di era tanpa ‘smartphone’ di tahun 2004.

Hari itu, Dzul Iman hadir di Taski Al Firdaus, Klang bersama Dr Yasmin dan Dr Alini yang mewakili Khalifah Institut. Mereka membentangkan dua kertas konsep bagi Method Khalifah. Kami dari tim Dzul Iman berkongsi cara menyemai kesedaran sebagai khalifah Allah, bagi anak kecil.

Antara yang dikongsi adalah lagu Khalifah ini. Lagu dianggap medium mendidik yang mudah diterima anak kecil. Anak mempelajari nilai mulia serta kosa kata baru, dalam keceriaan menyanyi bersama guru.

Lagu Khalifah ini diinspirasikan dari rentak lagu Sua Sue Kemuning, yang dipopularkan oleh Allahyarham P.Ramlee. Lirik lagu ini bertujuan membiasakan anak dengan perkataan Khalifah serta memahamkan tanggungjawab untuk menjadi orang baik (make myself good) dan membantu orang lain jadi baik (help others to become good)

Untuk anak kecil, ‘orang lain’ (others) merujuk kepada orang-orang yang dekat dengan mereka – ayah, ibu, adik (baby) dan guru. Mereka dihubungkan dengan anak atas nilai kasih sayang. Pastinya kasih sayang teragung diikat kemas kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.

Tiap bait perkataan dalam lagu ini, dipilih teliti bagi menyimpan nilai-nilai murni. Ayat dibina pendek dengan rima yang menarik. Ia menepati konsep didik hibur- mudah dinyanyikan oleh anak kecil, sambil memaknakan hubungan anak dengan Allah, serta orang tersayang.

Lirik ini ditulis di celah kesibukan mendidik lima anak yang masih kecil (usia 2 hingga 10 tahun) Tulis padam yang berkali-kali. Kadang di dapur, kadang di celah anak yang berkelahi.

Tidak pernah terfikir setelah 20 tahun, Allah izinkan muzik video ‘Khalifah Song’ ini hadir membantu pendidikan anak-anak kecil. Alhamdulillah thummalhamdulillah. Moga ia dapat dimanfaatkan oleh ibubapa dan guru tadika, tanpa mengira jenama.

Terima kasih seluruh tim yang gigih berusaha, juga adik kakak, sahabat dan teman yang setia bergabung dalam perjuangan ini. Allah rahmati kalian. Barokallahu feekum.

Tadika-Dzul-Iman-Anak-Khalifah-Membaca-Buku
October 8, 2024 by admin 0 Comments

Suka Membaca Vs Cepat Membaca

Menanam minat terhadap buku dan ilmu adalah jauh lebih penting daripada sekadar membina kemahiran membaca. Anak yang SUKA membaca akan memiliki kekuatan jangka panjang untuk terus meneroka ilmu tanpa perlu disuruh arah oleh sesiapa.

Jangan tergesa-gesa ingin anak pandai baca hingga menjejaskan sukanya anak pada buku. Elakkan cela dan paksa, marah dan arah. Banyakkan penghargaan dan dorongan.

Hargai PROSES belajar agar anak sentiasa mendapat ransangan positif. Tidak mengapa jika anak membaca sedikit lambat namun penuh MINAT. Minat/cinta pada buku dan ilmu ini menjadi aset besar yang memacu anak pada kecemerlangan dunia akhirat.

Guru-Tadika-Dzul-Iman-Basic-Life-Support-CPR 7
July 30, 2024 by admin 0 Comments

Kursus Asas Pertolongan Cemas dan CPR

Pada 27 Julai 2024 yang lalu, guru-guru Dzul Iman telah menjalani Kursus Asas Pertolongan Cemas dan CPR yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Psikologi Jiwadamai, Shah Alam.

Dalam kursus ini guru-guru telah diberi latihan bagaimana berhadapan dengan situasi yang boleh membahayakan melibatkan nyawa orang persekitaran. Bagaimana perlu memastikan suasana tidak panik ketika berhadapan dengan sesuatu kes kecemasan terutamanya ketika berada bersama-sama anak-anak di tadika.

Basic Life Support yang telah dijalani oleh guru-guru merangkumi bagaimana mengurus bayi, kanak-kanak dan orang dewas yang tercekik. Dan juga latihan bagaimana memberi CPR kepad bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.

Semoga setiap ilmu yang diperolehi guru-guru bermanfaat.

 

Anak-berfikir-Tadika-Dzul-Iman-Smart-Khalifah-Berfikir
July 29, 2024 by admin 0 Comments

Didik Si Kecil Berfikir & Memilih

Usia empat hingga enam tahun merupakan fasa besar dalam kehidupan anak. Segala yang dilihat, didengar dan dirasa pada umur ini akan menjadi pasak dalam kecemerlangan anak apabila dewasa kelak. Adalah amat penting untuk pendidik (ibu bapa/guru) peka apakah keutamaan dalam mendidik bagi anak di usia ini. 

Anak perlu dilihat sebagai ciptaan Allah yang dimuliakan dengan anugerah aqal. Aqal memberi kita kemampuan mengenal Allah s.w.t dan memakmurkan dunia melalui kebolehan berfikir, mencipta dan mentadbir. Kehebatan dan peranan besar aqal ini perlu diiktiraf sejak kecil.

Biasakan anak-anak kecil kita membuat pilihan sendiri, semudah pensil mana yang ingin dibawa ke sekolah. Seterusnya izinkan dia membuat pilihan yang lebih serius, contohnya pukul berapa ingin solat Asar, 4.30 petang atau pukul 5 petang.

Pendidik kepada anak-anak di usia ini, haruslah tidak bersikap seperti PENGARAH. Sebaliknya pendidik perlu menjadi PENGARUH (influence) yang baik.

Caranya ialah dengan menerangkan kesan sesuatu perbuatan dengan jelas dan mudah kepada anak. Anak faham bahawa tiap tindakan mempunyai kesan buruk, baik dan lebih baik.

Seterusnya pendidik sentiasa bersedia mengukuhkan pilihan anak dengan kata-kata yang positif terhadap kesan baik usaha anak itu. Contohnya, “Kemas Aina susun buku, selesa untuk belajar, tentu Allah suka” Dorongan berterusan sebegini, akan melatih anak untuk berfikir dan memilih, sebelum melakukan sesuatu.

Paling penting, anak akan menyedari bahawa sebagai Khalifah Allah, dia mempunyai satu kekuatan istimewa iaitu kemampuan untuk berfikir dan membuat pilihan – ‘the power to think and choose’. Anak akhirnya terbiasa untuk tidak menyalahkan orang lain serta berinisiatif dalam memperbaiki sesuatu keadaan.

Fokus didikan yang mensasarkan aqal dan jiwa anak ini akan melahirkan anak yang cemerlang dan bertanggungjawab serta mampu membuat keputusan-keputusan besar lagi benar, sepanjang hayatnya, insyaAllah!

 

PIC 6 15_08
August 15, 2023 by admin 0 Comments

Jom Membuat Lempeng !!

“Ya Allah, Aaron pergi kedai dia tunjuk mama bahan-bahan buat lempeng” ~ Puan Norhasikin.

Wah, Khalifah belajar dalam aktiviti kelas, dah boleh tolong Ibu beli barang untuk buat lempeng di rumah pula. Awesome blossom, Khalifah 👍👍

Jazakallah Khair pendidik Dzul Iman Smart Khalifah Bdr Saujana Putra membimbing Khalifah “Practical Life Session” memasak menu mudah dengan baik.

#learningisrewarding

#dzulimansmartkhalifah

#choosetobegood

PIC-1-12_08
August 14, 2023 by admin 0 Comments

Ibu Ayah ialah madrasah pertama dalam mendidik tauhid anak-anak

Ibu Ayah ialah madrasah pertama dalam mendidik tauhid anak-anak, kelangsungan pembelajaran ini bersambung semasa peringkat tadika, sekolah dan seterusnya.

Alhamdulillah, masyaAllah.

Semoga Allah membantu perjuangan kita #mewariskankebenaran #choosetobegood

Terima kasih Puan Amani Peter keluarga besar Dzul Iman berkongsi titipan ingatan😍

PIC-1-13_8
August 13, 2023 by admin 0 Comments

Jom Membuat Piza sendiri !!

Alhamdulillah, seronoknya khalifah Dzuliman Puncak Perdana belajar membuat piza sendiri.

Kami belajar mengenal buah-buahan dan sayuran, kemudian mengolah menjadi menu piza yang sedap. Buat piza sama-sama, makan pun sama-sama. Sbhanallah, awesome! 😍

#learningisrewarding

#dzulimansmartkhalifah

#choosetobegood

PIC-1-12_8-1
August 12, 2023 by admin 0 Comments

Esok! Esok! Perkongsian Online Percuma

Menyemai Iman di Hati Anak

Kepada semua ibuayah dan guru seluruh Malaysia.

Perisai utama bagi anak kita dalam menempuh cabaran era kini adalah iman dan jatidiri yang teguh.

Bagaimana pendidikan iman dapat dilakukan sejak kecil? Jemput bersama ke sesi ini:

⏰ 13 Ogos 2023

⏰ 10:00 pagi – 12:00 tghari

“Menyemai Iman di Hati Anak” secara percuma! 😍

Ibu ayah dan guru-guru yang berminat boleh mendaftar di link ini

https://dzulimanhq.onpay.my/order/form/dzscbf23

Jumpa esok ya Ibu Ayah 🤗