
Pendidik Yang Terdidik
Mampu memberi impak baik kepada anak-anak.
Pelbagai kursus dan sokongan harian untuk pendidik yang dibudayakan dalam keluarga besar Dzul Iman. Pendidikan dan latihan guru di Dzul Iman sentiasa diperkemaskan dari masa ke masa.
Antaranya melalui usrah cawangan (dwimingguan), tadabbur alQuran Asah gergaji (mingguan) GERAK (bulanan), bengkel kemahiran mengajar (mingguan), Kelas alQuran muallimah (mingguan) dll. Semoga Allah kuatkan kita untuk istiqamah.
Kita percaya dengan kata-kata “Di sebuah sekolah yang baik, yang paling rajin belajar adalah para pendidik.”
Mendidik para guru adalah misi yang mesti diperjuangkan terus walau dihalang dengan pelbagai kekurangan. Yakinlah kita ada Allah, Maha Berkuasa lagi Maha Melaksana.
.
Kita perjuangkannya bersama-sama.
Allahummahdina wasaddidna, amiin
Gambar: Pendidik di Tadika Dzul Iman Jalan Kebun Shah Alam membimbing Khalifah cara solat yang betul.