Tiada Jajan Pada Hari Ulangtahun Kelahiran

Satu perkongsian yang menarik daripada Dzuliman Seksyen 8.

Antara perkara besar dalam peraturan tadika yg baru saya perkenalkan tahun ini adalah larangan membawa ‘kek’ semasa sambutan hari lahir di sekolah. Hanya fresh fruit ‘cake’ atau pulut berhias dibenarkan. Tahun sebelum ini, saya hanya tidak benarkan ‘jajan’ sebagai goodies. Alhamdulillah parents follow (tak suka pun kena follow). Tapi saya educate parents juga utk buang assumptions yg anak2 ni suka jajan. Saya tahu matlamat parents nak anak2 happy. Lagi pun kat tadika kita ajar healthy food, alih2 masa birthday macam2 pulak muncul. Kan tak konsisten tu 😁

Alhamdulillah sepanjang tahun2 sebelum ni dengan beberapa kali sambutan hari lahir setiap bulan, anak2 sangat happy dengan goodies bukan jajan ni. Rules dia simple je. Anak2 ni kalau dapat ‘hadiah’, pemadam seketul pun dia dah suka sangat. Tak sabar nak bawa balik tunjuk kat mak ayah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadi tahun ni, konsep sambutan hari jadi adalah memberi. Sebelum ni parents bagi goodies, ustazah masuk kan dalam beg anak2 terus. Tapi tahun ni saya tukar sikit. Goodies tu diberi direct kepada kawan2 oleh birthday boy or girl tu. Dan tanamkan konsep bersyukur Allah panjangkan usia kita jadi kita banyak kan bersedekah. Lepas tu kawan2 nyanyi lagu Allah Selamat kan kamu dgn lagu happy birthday.

Cukup la simple je. Kek canggih2 nak makan boleh. Tapi kat rumah la. Jenuh tauuu tiap2 kali lepas makan kek, ustazah nak layan sugar rush sorang2. Buat kat rumah masing2 takpe, parents masing2 boleh jaga. Boleh jemput ustazah juga. Lepas makan ustazah boleh balik 😎

Dan dah 2 kali sambutan birthday sejak January ni, Alhamdulillah penerimaan baik 😍