TERKENANG RASULULLAH DI HOKKAIDO

TERKENANG RASULULLAH DI HOKKAIDO
(Bagaimana Jepun menyantuni anak kecil)

Kredit to Puan Siti Zulaikha Omar, pengusaha Tadika Dzul Iman cawangan Seksyen 2, Shah Alam.

Guru-guru mereka melambai ke arahku & suami. Memberi isyarat dengan senyuman dan tunduk gaya Jepun mereka “NO PHOTOSHOOT”. Sebarang gambar,maklumat peribadi anak-anak tadika dirahsiakan.

Kami hormati, namun sempat aku snap dari jauh. Melihat kelibat Guru Tadika Jepun bergaji 100,000 Yen sebulan itu membawa sekumpulan anak tadika mereka menjelajah kawasan sejuk Sapporo. Keletah anak mereka sama seperti anak-anak kita, excited tgk salji, riang menggumpal salji di tepi-tepi jalan tapi taat mengikut arahan guru apabila dipanggil beratur untuk melintas jalan.

Bagai memahami keadaan guru tersebut, kereta-kereta yang sedang bersimpang-siur bergerak cepat-cepat berhenti di satu garisan simpang jalan raya besar.Tiada kelihatan sebarang traffic light langsung sepanjang perjalanan kami. Segera guru dan anak-anak tadika tersebut melintasi kereta-kereta yang memberi laluan, meninggalkan kami yang berdiri memerhati ‘pendidikan awal kanak-kanak’ yang baru saja berlaku didepan mata.

1. Mereka menekankan konsep pembelajaran akhlak sesama manusia & persekitaran, mendedahkan kepada kanak-kanak cara menyantuni kawasan sekeliling dengan membawa mereka merasai, melihat & mengalami pengalaman sebenar.
( disokong oleh masyarakat sekeliling. Nampak kanak-kanak, kereta diperlahan & laluan diberi kepada kanak-kanak ) – SUNNAH NABI MENGHORMATI PEJALAN KAKI!

2. Zero buku. Tak dapat dijumpai buku kanak-kanak di tadika melainkan buku catitan guru-guru tadika. Elak kanak-kanak stress. Asalkan kanak-kanak happy ke sekolah & guru-guru menyayangi kanak-kanak tersebut. -SUNNAH NABI BERKASIH-SAYANG!

3. Keutamaan diberi kepada hands-on activity & bermain. Dari pagi kanak-kanak ini hanya dilihat bermain dengan guru tadika ( namun bagi individu PAKK, terserlah kebijakan guru melatih motor kasar & motor halus kanak-kanak, membaling menggumpal membuat binaan salji ). -SUNNAH NABI BERMAIN BERGURAU DENGAN KANAK-KANAK.

4. Apabila guru memanggil, tiada kedengaran suara guru. Guru tadika mendekati kanak-kanak tersebut, menggosok bahu untuk memberitahu dan membawa kanak-kanak tersebut beratur bersama kanak-kanak lain. -SUNNAH NABI MENJAGA SUARA DARI BERTERIAK KERAS.

5. Menyantuni tetamu walaupun bertemu di tepi jalan, tahu tetamu tersebut melakukan kesalahan mengambil gambar mereka namun dengan senyuman dan tunduk menghormati mereka meminta kita mematuhi protokol tersusun mereka. – SUNNAH NABI MEMANISKAN MUKA

SubhanaAllah, hebat masyarakat disini. Ya Allah, jadikan ilmu pengalaman ini sebagai jalan kepada kami membetulkan paksi kami dalam beragama & mendidik anak-anak akhir zaman kami. Aminnnnn..

 

#pendidikterdidik