PUJIAN MEROSAKKAN?

Antara cara mendorong anak yang paling mudah adalah dengan kata-kata penghargaan atau pujian. Namun tidak semua pujian itu baik. Ada pujian yang membawa kerosakan.

Pujian yang dituju kepada diri anak, tanpa disebut perbuatan baiknya, boleh menyebabkan anak menyangka dia berhak mendapat pujian tanpa perlu mengusahakan apa-apa. Jika tidak dikaitkan dengan Allah, jiwa anak akan bergantung pada kehadiran kita untuk sentiasa memberi maklumbalas. Anak juga mudah terjebak pada sifat sombong kerana lupa bahawa kelebihan yang ada semua dari Allah semata. Ringkasnya, pujian yang salah boleh melahirkan anak yang sombong atau malas berusaha.

Apakah cara memuji yang BETUL dan BERKESAN untuk mendorong kebaikan?
Pujian yang betul dan berkesan perlu mempunyai 5 ciri ini:

1. puji PERBUATAN anak, bukan orangnya
2. sebut kesan perbuatan baik itu
3. pujian terus diberi saat perbuatan baik dilakukan
4. pujian diberi dengan spesifik, lebih khusus lebih berkesan
5. pujian sentiasa dikaitkan dengan Allah/hari akhirat agar melatih ikhlas dan ihsan
6. pujian jujur dari hati, jangan dibuat-buat

Contoh: “Bagus Amin susun buku (1), kemas (2)! Tersusun dari yang besar kepada yang paling kecil (4). Allah suka lihat kita kemas dan teratur. Tentu bertambah pahala Amin nih ¬†(5)” Kemaskan pujian dengan senyuman yang mendorong¬†

Pujian yang betul akan turut memberi impak kepada anak-anak lain yang mendengarnya. Mereka jelas yang mereka juga boleh menjadi BAGUS jika mereka melakukan perbuatan yang sama. Mereka terdorong untuk meniru dengan setepatnya perbuatan baik itu kerana pujian yang spesifik (susun buku dari yang besar kepada yang keci) memudahkan mereka faham sikap baik yang diharapkan.

Dorong anak menjadi baik melalui pujian yang BETUL dan BERKESAN. Inilah antara cara kita menanam keinginan anak untuk cintakan kebaikan. ‘Be good by choice- choose to be good!

Allahumma taqabbal minna, amiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *