Pesan Sempena Konvokesyen Tadika

Pesan kakanda Pn Badariah Ismail.
Pengasas Dzul Iman

🌸🌹🌸🌹🌸

Pesan Sempena Konvokesyen Tadika

Musim konvokesyen untuk anak-anak tadika tiba lagi🤗

Majlis kemuncak dalam meraikan anak-anak kecil ini tidak wajar diadakan hanya untuk memenuhi rutin tahunan tadika. Ia harus kekal sebagai sebahagian dari proses mendidik dan dorongan positif untuk anak-anak menggilap potensi sbg hamba dan khalifahNya.

Tidaklah mereka dicipta untuk menjadi ‘professional entertainer’. Mereka dihantar ke pentas itu untuk menggilap yakin diri, belajar berdisiplin dan menjadi ‘team player’. Raikan secara positif seluruh kelebihan, juga kesilapan anak-anak kecil yang sedang melalui proses yang besar ini.

Majlis ini tidak perlu gah, jauh sekali medan bermegah. Memadai ia menjadi meriah dan ramah, sesuai usia sikecil kita. Yang diraikan itu mereka. Jangan dipaksa beraksi dewasa. Hargai usaha dan semangat anak-anak untuk terus meneroka.

Untuk para pendidik, guru dan ibuayah, konvokesyen wajib menjadi medan ibadah, dakwah kita untuk ummah. Sasaran kita zero dosa. Walau mustahil kita begitu bersih, kita harus usahakan agar konvokesyen tadika kita meminimakan ruang ikhtilat, menjaga aurat dan seumpamanya.

Bantulah kami memperbaiki ‘amal kami ya Rabb. Allahumma a’inna ‘ala zikrika wasyukrika wahusni ‘ibaadatik, amiin