PERLUKAH AJAR ANAK TADIKA SOLAT?

kursussolatMenjemput guru-guru yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang SOP Didik Anak Cinta Solat yang dilaksanakan di tadika Dzul Iman. Kursus ini akan diadakan pada 24 Ogos.

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang online di
https://tinyurl.com/cintasolat1
https://tinyurl.com/cintasolat1
https://tinyurl.com/cintasolat1

Sabda Rasulullah SAW
“مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا، وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ”
“Perintahkanlah anak-anakmu melakukan shalat di waktu dia berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka kalau sudah berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka (maksudnya antara anak laki-laki dan perempuan)” (HR. Abu Daud)

Usia tadika dari 4 hingga 6 tahun jelas tidak disebutkan dalam hadith ini. Apakah ada sesuatu yang perlu dibuat sebelum ‘perintahkan anakmu solat’? Apakah pendidikan solat perlu sebelum usia tujuh?

Ya. Pendidikan solat wajib berlaku di tadika. Ia sebenarnya adalah pendidikan berterusan. Penerusan pada pendidikan yang telah kita mulakan sejak bayi. Pendidikan yang fokus pada memupuk cinta dan bahagia solat. Bukan menekankan cara dan fekah solat. Mengutamakan MAHU daripada TAHU.

Dengan pendekatan mendidik yang betul di usia tadika, anak telah punya jiwa yang subur cinta di usia tujuh, fasa ‘perintah’. InsyaAllah berbekalkan rasa MAHU solat, anak sendiri mahu TAHU. Anak bersedia belajar lebih lanjut tentang solat. Atas asas ini, anak akan terbina MAMPU solat di usia sepuluh dan seterusnya, insyaAllah.

‘Pendidikan terencana dan penuh cinta’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *