KEJAYAAN DAN PENGHARGAAN

Kejayaan dan Penghargaan.🎓🎁

“Jom khalifah, mari kita tepuk tangan untuk kawan kita, Emre. Emre dah berjaya habiskan buku qiraati 1,” anak-anak tepuk tangan meraikan kejayaan. 👏🏻

Teacher menghulurkan Emre buku mewarna sebagai hadiah dan buku qiraati 2. Emre tersenyum bahagia lagi gembira.😁

Begitulah kami meraikan setiap kejayaan anak- anak. Hadiah kecil dari kami juga diberikan sebagai tanda kasih sayang atas usaha keras mereka. Mudah-mudahan boleh membawa kegembiraan kepada mereka.💐

Semoga hadiah ini terus menjadi motivasi dan memberi semangat kepada mereka untuk terus berusaha hingga jaya.😘💪🏻

Melihat anak-anak bahagia adalah hadiah paling bernilai untuk kami di Dzul Iman.😘🥰😍