Dzuliman : Ilmu, Tawakkal, Santun dan Kerjasama

Dzul Iman digerakkan dengan 4 nilai utama: Ilmu, Tawakkal, Santun dan Kerjasama (Knowledge, Tawakkal, Kind, Teamwork – KTKT)

Nilai-nilai ini milik semua, sifatnya umum, namun mendasar. Penerangan ringkas empat nilai ini dicatatkan di sini agar dapat kita amalkan bersama, di dalam mahupun di luar Dzul Iman.

1. Knowledge – Ilmu

Di Dzul Iman, setiap perkara mesti dimulakan dengan ilmu. Sumber ilmu teragung adalah alQuran. Pastikan semua tindakan kita dipandu dengan alQuran dan Sunnah. Hubungkan diri kita dengan ulama’ dan orang soleh agar sentiasa bersemangat memperbaiki diri.

Budaya rajin belajar dan suka membaca perlu ditanam kukuh di dalam Dzul Iman. Memuliakan ilmu dan semua yang berkaitan dengannya adalah adab utama kita. Ia mesti bermula dari pimpinan kita.

2. Tawakkal

Dzul Iman ditubuhkan untuk Allah dan diserahkan kepada Allah. Kita mulakan segalanya dengan bertanya Allah dulu. Kita berdoa dan berusaha, Allah lah wakil kita yang melaksana segalanya.

Tawakkal menjadikan kita sedar bertuhan. Bertindak dalam baik sangka pada Allah dan redha dengan apa jua yang dititip Allah sepanjang jalan jihad ini. Dengan tawakkal, kita menjadi berani. Berani bukan soal berkelahi, tapi keberanian dalam berpendirian dan membuat keputusan.

3. Kind- Santun

Santun (kind) bermula dari hati yang menghormati dan memuliakan orang lain. Di Dzul Iman, setiap orang dimuliakan tanpa mengira kedudukan atau usia, selaras sunnah Nabi kita.

Setiap interaksi mesti didasari kasih sayang dan kesantunan. Jauhi buruk sangka, jauhi tergesa-gesa. Gembirakan dan mudahkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan kita, terutama orang terdekat seperti rakan sekerja.

4. Teamwork- kerja berpasukan

‘Pertolongan Allah bersama jamaah’. Kita percaya usaha berpasukan ada keberkatan dan kemudahan yang istimewa. Sebagai ahli pasukan, misi kita sama. Namun kekuatan dan peranan kita perlu berbeza.

Perbezaan yang diurus bijaksana, akan menjadi kekuatan yang luarbiasa. Saling berbaik sangka dan berkirim doa. Sama-sama mencari “ahsanu ‘amala”

***
Nilai yang dibincangkan sebaik apapun, menjadi tidak bermakna tanpa kita menekuninya. Cabaran besar untuk kita adalah mencari istiqamah dalam menghidupkan nilai ini di alam realiti, setiap hari.

La quwwata illa billah!

#mewariskankebenaran
#learningisrewarding

Credit to :Ustazah Badariah bt Hj Ismail