DIDIK ANAK KECIL FIKIR DAN PILIH

“Alhamdulillah, thank you Allah for my amazing brain!”, kedengaran suara anak-anak kecil menyatakan syukur mereka. Wajah-wajah ceria sambil jari telunjuk diletakkan di kepala masing-masing.

ddik_anak_1Tema tentang kehebatan otak dan kelebihan manusia sebagai makhluk yang berfikir, diceritakan oleh guru secara santai namun penuh bermakna. Menghormati tahap umur anak yang perlu bermain, ilmu ini disampai dengan ceria sesuai usia.

 

Method Khalifah adalah cara mendidik ‘positif terarah’ yang menghormati anak-anak sebagai makhluk yang berfikir. Keteguhan aqidah, kecintaan pada agama serta akhlak mulia ditanam secara beransur-ansur pada anak dengan mengajak anak berfikir dan memilih.

Pada banyak situasi, kita hanya perlu cekap menyambut kebaikan anak dengan mengaitkan perbuatan baik itu sebagai pilihan yang bijak dengan kesan positif di dunia, serta ganjaran hebat di akhirat.

Dalam kes di mana anak tidak mengikut peraturan, pendidik tidak mencela atau memaksa. Sebaliknya membimbing anak secara lembut tetapi tegas. Anak diberi ruang untuk berfikir dan membuat pilihan dengan kesedaran tentang sebab dan akibat.

“Adib, berjalan sayang. Jangan berlari. Jika berlari di tangga, Adib boleh jatuh dan luka. Sedih cikgu jika Adib sakit. Allah suka kita jaga diri kita dengan baik. Jalan hati-hati ya!”

didik_anak_2didik_anak_3 Dalam proses ini, pendidik mendorong anak agar cintakan kebaikan dan faham akibat dari tindakannya. Dengan cara ini, anak perlahan-lahan belajar bertanggungjawab dengan pilihannya.

“Mana baik, mana baik? Fikirlah, pilihlah. Pilih untuk rajin, pilih untuk rajin. Wow, wow, wow, Alhamdulillah! Nyanyian mudah mengikut irama ‘Are You Sleeping’ seumpama ini, dapat meransang anak untuk sentiasa peka dengan aktiviti berfikir dan membuat keputusan.

Kepekaan anak pada aktiviti fikir dan pilih ini, akan memberi kesan yang besar dalam hidupnya. Impaknya ada pada sekecil urusan mahu senyum atau tidak, sehinggalah perkara besar seperti memilih pasangan hidup. Kepekaan pada aktiviti berfikir ini adalah asas untuk melahirkan anak yang berani membuat keputusan dan bertanggungjawab.

Belajar membuat keputusan di usia ini, akan membudayakan anak dengan cara fikir yang benar dan berprinsip. Sensitif dengan kesan pada tiap pilihannya, serta mampu menggunakan neraca akhirat dalam membuat keputusan. Semoga ia menjadi asas dalam membina anak-anak kecil ini sebagai pemimpin yang berwibawa di masa hadapan.

‘Nurturing thinkers, creating leaders!’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *