DIDIK ANAK FIKIR DAN PILIH

Bsimillah.

 

“Alhamdulillah, thank you Allah for my amazing brain!”, kedengaran suara anak-anak kecil menyatakan syukur mereka. Wajah-wajah ceria sambil jari telunjuk diletakkan di kepala masing-masing. Tema tentang kehebatan otak dan kelebihan manusia sebagai makhluk yang berfikir, diceritakan oleh guru secara santai namun penuh bermakna.
“Mana baik, mana baik? Fikirlah, pilihlah. Pilih untuk rajin, pilih untuk rajin. Wow, wow, wow, Alhamdulillah! Baris-baris lagu ini dinyanyikan di Tadika Dzul Iman bagi meransang anak untuk sentiasa peka dengan aktiviti berfikir dan membuat keputusan.
Aktiviti fikir dan pilih ini penting dari sekecil urusan memilih untuk senyum atau tidak, sehinggalah perkara besar yang lain dalam kehidupan seperti memilih pasangan hidup dan lain-lain. Kepekaan pada aktiviti berfikir ini adalah asas untuk melahirkan anak yang bijak dan bertanggungjawab.
Dzul Iman fokus kepada pembinaan peribadi anak dan menggilap asas kepimpinan bagi menyediakan anak-anak menghadapi zaman serba mencabar ini. Selain asas membaca, menulis dan mengira, Dzul Iman turut menitikberatkan keyakinan diri anak melalui kecerdasan emosi (emotional intelligent) dan kecerdasan spiritual (spiritual intelligent) yang menjadi tunggak kepada kejayaan anak dalam kehidupan.
Kecerdasan anak perlu dibina atas landasan yang paling asas iaitu kasih sayang. Ia jelas terlihat di Dzul Iman dalam interaksi guru yang santun berbahasa dan ceria mendidik anak-anak. Guru-guru diberikan latihan dan sokongan berterusan agar sentiasa memuliakan anak-anak dengan senyuman, pelukan dan bahasa yang lembut. Semua itu adalah sunnah yang diwariskan oleh baginda Rasulullah ﷺ yang diamalkan dalam Method Khalifah. Method Khalifah adalah cara mendidik ‘positif terarah’ yang digunapakai di Tadika Dzul Iman. Keteguhan aqidah, kecintaan pada agama serta akhlak mulia ditanam secara positif dengan mengajak anak berfikir dan memilih. Method ini amat membantu bagi membina jatidiri dan hubungan yang teguh antara anak dengan Allah Yang Maha Pengasih.
Dalam Method Khalifah, penghargaan dan ganjaran berterusan digunakan bagi mendorong anak-anak untuk berkelakuan baik secara sukarela. Anak yang tidak mengikut peraturan tidak akan dicela atau dipaksa. Sebaliknya anak akan dibimbing secara lembut tetapi tegas. Anak diberi ruang untuk berfikir dan membuat pilihan. Dalam proses ini, guru mendorong anak agar cintakan kebaikan dan belajar bertanggungjawab dengan tindakannya. Belajar membuat keputusan di usia ini, akan membudayakan anak dengan cara fikir yang benar dan berprinsip. Ia menjadi asas dalam membina anak-anak ini sebagai pemimpin yang berwibawa ~ ‘Nurturing thinkers, creating leaders!’

Keceriaan anak-anak sepanjang proses belajar adalah tanda aras sebuah tadika yang berjaya. Guru-guru Dzul Iman dilatih untuk sentiasa berkreatif dengan cara yang pelbagai bagi menjadikan anak cintakan Al Quran, cintakan buku dan ilmu. Adab dan disiplin dipupuk dalam kebahagiaan anak belajar dan bermain.