Didik Anak Cinta Solat

solat_girlsSabda Rasulullah SAW

“مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا، وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ”
“Perintahkanlah anak-anakmu melakukan shalat di waktu dia berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka kalau sudah berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka (maksudnya antara anak laki-laki dan perempuan)” (HR. Abu Daud).

Usia tadika dari 4 hingga 6 tahun jelas tidak disebutkan dalam hadith ini. Apakah ada sesuatu yang perlu dibuat sebelum ‘perintahkan anakmu solat’? Apakah pendidikan solat perlu sebelum usia tujuh?

Ya. Pendidikan solat wajib berlaku di tadika. Ia didikanakcintasolat_postersebenarnya adalah pendidikan berterusan. Penerusan pada pendidikan yang telah kita mulakan sejak bayi. Pendidikan yang fokus pada memupuk cinta dan bahagia solat. Bukan menekankan cara dan fekah solat. Mengutamakan MAHU daripada TAHU.

Dengan pendekatan mendidik yang betul di usia tadika, anak telah punya jiwa yang subur cinta di usia tujuh, fasa ‘perintah’. InsyaAllah berbekalkan rasa MAHU solat, anak sendiri mahu TAHU. Anak bersedia belajar lebih lanjut tentang solat. Atas asas ini, anak akan terbina MAMPU solat di usia sepuluh dan seterusnya, insyaAllah.

Kami telah menyediakan sedikit perkongsian tentang pendekatan ini dalam format eBook, yang bertajuk “Ummi, Muhammad Mahu Solat”. Dengan besar hati kami menjemput anda semua untuk memuatturun eBook ini secara percuma sahaja.

Tak lupa juga, kami selitkan doa “Ya Allah, jadikanlah yang membaca ebook ini dan keturunannya hingga hari kiamat, mencintai solat, amiin”.

download

Sila masukkan nama anda dan alamat email untuk kami hantarkan 'download link'. Terima kasih.


.

 

bookAnda lebih gemar untuk membaca versi bercetak? Hanya RM10 (tidak termasuk pos) dengan tambahan bab ‘Mendorong Anak Remaja’. Sila isi borang tempahan di sini untuk menempah buku tersebut, pada harga yang menarik dan berpatutan 🙂

 

 Kursus “Didik Anak Cinta Solat” 

offerBerita baik para ibubapa sekalian! Dapatkan diskaun RM 20 bagi kursus “Didik Anak Cinta Solat” jika anda daftar sekarang. KLIK UNTUK DAFTAR.

Lihat juga senarai kursus kanak-kanak yang bakal diadakan, di sini.