Leaders in the making!

Leaders in the making!

The little children are queuing to wash their hands before eating. A boy starts moving back and forth, restlessly. His friend gently advises “Berdirilah elok-elok, Allah kan suka tengok kita sabar. Khalifah of Allah is patient” (Please stand properly, Allah loves those who are patient).The smile in his face reflects his pure intention and brightens the day.

Such advice from a five-year-old is a normal situation at Dzul Iman Kindergarten. The children are nurtured to advice and take care of each other. They are supported to develop the positive attitude through our education approach, the Khalifah Method.

Under Khalifah Method, children will learn to appreciate their special relationship with their Creator and understand their role to bring good to the world. This positive self-concept will help them to have the strength in making the right decision throughout their life.

The method appreciates the unique process that each child needs, to grow into a responsible and happy adult.

At Dzul Iman, the shaping process is supported positively. Rewards, mostly in spoken, are abundant while negative words are minimized.

In short, teachers are motivators. They are to support and guide the children in a loving yet firm manner.

Children are nurtured to reason and make choices in their daily routine. Directed positive influence from the teachers will help the children to be good by choice, hence the motto, “Choose to be good!”

Dzul Iman covers academic subjects such as Bahasa Malaysia, Mathematics, English, Science and Qiraati (Reading the Quran), with a beautiful blend of Islamic teachings.

Annual educational trips and events will expose the children to varieties of learning experience 🙂

Didik Anak Fikir dan Pilih

Didik Anak Fikir dan Pilih

Bismillah.

“Alhamdulillah, thank you Allah for my amazing brain!”, kedengaran suara anak-anak kecil menyatakan syukur mereka. Wajah-wajah ceria sambil jari telunjuk diletakkan di kepala masing-masing. Tema tentang kehebatan otak dan kelebihan manusia sebagai makhluk yang berfikir, diceritakan oleh guru secara santai namun penuh bermakna.

“Mana baik, mana baik? Fikirlah, pilihlah. Pilih untuk rajin, pilih untuk rajin. Wow, wow, wow, Alhamdulillah! Baris-baris lagu ini dinyanyikan di Tadika Dzul Iman bagi meransang anak untuk sentiasa peka dengan aktiviti berfikir dan membuat keputusan.

Aktiviti fikir dan pilih ini penting dari sekecil urusan memilih untuk senyum atau tidak, sehinggalah perkara besar yang lain dalam kehidupan seperti memilih pasangan hidup dan lain-lain. Kepekaan pada aktiviti berfikir ini adalah asas untuk melahirkan anak yang bijak dan bertanggungjawab.

Dzul Iman fokus kepada pembinaan peribadi anak dan menggilap asas kepimpinan bagi menyediakan anak-anak menghadapi zaman serba mencabar ini. Selain asas membaca, menulis dan mengira, Dzul Iman turut menitikberatkan keyakinan diri anak melalui kecerdasan emosi (emotional intelligent) dan kecerdasan spiritual (spiritual intelligent) yang menjadi tunggak kepada kejayaan anak dalam kehidupan.

didik_anakKecerdasan anak perlu dibina atas landasan yang paling asas iaitu kasih sayang. Ia jelas terlihat di Dzul Iman dalam interaksi guru yang santun berbahasa dan ceria mendidik anak-anak. Guru-guru diberikan latihan dan sokongan berterusan agar sentiasa memuliakan anak-anak dengan senyuman, pelukan dan bahasa yang lembut. Semua itu adalah sunnah yang diwariskan oleh baginda Rasulullah ﷺ yang diamalkan dalam Method Khalifah. Method Khalifah adalah cara mendidik ‘positif terarah’ yang digunapakai di Tadika Dzul Iman. Keteguhan aqidah, kecintaan pada agama serta akhlak mulia ditanam secara positif dengan mengajak anak berfikir dan memilih. Method ini amat membantu bagi membina jatidiri dan hubungan yang teguh antara anak dengan Allah Yang Maha Pengasih.

Dalam Method Khalifah, penghargaan dan ganjaran berterusan digunakan bagi mendorong anak-anak untuk berkelakuan baik secara sukarela. Anak yang tidak mengikut peraturan tidak akan dicela atau dipaksa. Sebaliknya anak akan dibimbing secara lembut tetapi tegas. Anak diberi ruang untuk berfikir dan membuat pilihan. Dalam proses ini, guru mendorong anak agar cintakan kebaikan dan belajar bertanggungjawab dengan tindakannya. Belajar membuat keputusan di usia ini, akan membudayakan anak dengan cara fikir yang benar dan berprinsip. Ia menjadi asas dalam membina anak-anak ini sebagai pemimpin yang berwibawa ~ ‘Nurturing thinkers, creating leaders!’

Keceriaan anak-anak sepanjang proses belajar adalah tanda aras sebuah tadika yang berjaya. Guru-guru Dzul Iman dilatih untuk sentiasa berkreatif dengan cara yang pelbagai bagi menjadikan anak cintakan Al Quran, cintakan buku dan ilmu. Adab dan disiplin dipupuk dalam kebahagiaan anak belajar dan bermain.