IZINKAN ANAK SILAP

IZINKAN ANAK SILAP
tembak2
(Kredit gambar : Smart Khalifah Seksyen 8)

Umum telah memahami bahawa anak-anak dididik secara bermain di usia tujuh tahun ke bawah. Ketika anak berada di usia disiplin, di sekolah rendah, latih anak-anak bertanggungjawab dengan hasil usaha mereka secara beransur-ansur. Izinkan mereka silap. Izinkan anak menerima kesan kelalaian mereka menyiapkan kerja rumah, atau tertinggal buku yang patut dibawa ke sekolah. Benarkan mereka merasa kecewa ketika gagal kerana tidak mengulangkaji pelajaran. Jika mereka tertinggal bekal, jangan berkejar ke sekolah untuk menghantar!
Elakkan menjadi ibuayah yang ‘micro manage’ segala urusan anak sehingga mereka kekurangan pengalaman dalam mendepani cabaran kehidupan. Lebih berat jika ibuayah hanya fokus agar anak mendapat A dalam pelajaran, sehingga anak-anak tertinggal ruang meneroka seluruh dimensi dan potensi sebagai insan. Pada usia ini, kesilapan anak adalah ruang pendidikan yang berkesan. Ikuti tiap kesilapan dengan bimbingan dan dorongan. Jangan pula ruang mendidik itu dirosakkan dengan tuduhan dan celaan.
Anak yang dibenarkan/dibiasakan mengurus kesilapan dan kekurangannya ketika di usia sekolah rendah, akan lebih matang dan bertanggungjawab ketika menempuh usia sekolah menengah. Hakikatnya, di usia menengah, kebanyakan anak-anak telah dewasa. ‘Expectation’ atau harapan pihak sekolah dan masyarakat luar telah menjadi lebih besar berbanding sebelumnya.Ketika ini mereka harus mampu menduga kesan pilihan mereka hari ini dalam menentukan kejayaan hari esok. Mereka juga harus sedar pentingnya kerja keras dalam menempuh dunia nyata.
Memahami konsep sebab dan akibat ini memudahkan anak menjadi bertanggungjawab. Ia sangat penting sebelum mereka menghadapi dunia pekerjaan, apalagi alam perkahwinan. Untuk itu, ketika mereka masih di umur disiplin, di usia sekolah rendah, izinkan anak silap. Pimpin mereka dengan kata-kata positif agar mereka menerima kesan kesilapan dan belajar memperbaikinya. Inilah jalan yang dapat membantu anak menjadi bertanggungjawab. Izinkan anak silap.
.
#umurdisiplin
#learningisrewarding

Kursus Ibubapa Berpengaruh 23/7/2017

Kursus Ibubapa Berpengaruh 23/7/2017

influential_230717Semua ibuayah ingin mendidik anak tanpa perlu marah-marah. InsyaAllah, dengan ilmu yang benar, kita akan dapat menjadi ibuayah yang lebih tenang ceria, walau dalam situasi yang sukar.

Dengan berbesar hati, kami menjemput anda semua untuk hadir ke kursus ini. Terbuka kepada umum.

Tarikh  pada 23/7/2017(9.00 pagi – 1.00 petang).

Lokasi di Dewan Saidina Abu Bakar, Masjid As-salam Puchong.

Sila hubungi 017 241 9238 untuk sebarang pertanyaan.

#khalifahmethod

TEGAS bukan MARAH

Tegas adalah asas dalam mendidik. Ibuayah yang tidak tegas akan menghantar mesej yang salah kepada anak tentang kredibiliti ibuayah dalam memimpin keluarga. Anak kurang hormat dan kurang taat. Malah anak merasa kurang selamat.

Tegas bukanlah kasar atau marah. Tegas ialah benar-benar melaksanakan peraturan yang telah disetujui dengan cara yang baik, dengan kasih sayang. Dalam method Khalifah, prinsip ini disebut sebagai ‘Firm and kind’.

Bagaimanapun, peraturan atau perlakuan yang diharapkan itu, perlulah dalam kemampuan usia anak untuk memahami dan mematuhinya.

“Muhammad nak solat duduk” rengek anak yang demam. Walau demam, ummi lihat sebentar tadi dia aktif berlari-lari bermain dengan kucing.

“Boleh solat duduk jika kita memang tak mampu berdiri. Muhammad nampak kuat dah”, pujuk ummi.

“Muhammad takut muhammad pening. Nanti jatuh”, anakanda memberi alasan.

Ummi tahu yang ummi tidak boleh mengalah pada alasan itu. Masa untuk bertegas.

“Cubalah berdiri dulu. Allah tahu kita kuat atau tidak. Jika sungguh tak larat, duduklah, Allah faham. Tapi kalau kuat, kena usaha berdiri. Dengan Allah kita memang tak boleh bohong. Allah tahu semua”, ummi terangkan jelas dengan nada tegas.

Mata ummi terus dihalakan pada sejadah dan ummi mula bersolat. Melihat reaksi ummi, anakanda juga mengangkat takbir dan menjadi makmum hingga selesai empat rakaat, dengan berdiri 🙂

Lepas solat, ummi peluk muhammad.

“Bagus muhammad usaha juga solat berdiri. Banyak pahala muhammad. Muhammad dah menang 🙂 Alhamdulillah!” Bersinar mata anakanda, dan mulalah dia berceloteh apa saja.

.
#tegasdengankasihsayang
#khalifahmethod

IBU BAPA BERPENGARUH (Influential Parents)

IBU BAPA BERPENGARUH (Influential Parents)

IBU BAPA YANG BERPENGARUH MEMBINA JIWA BESAR DIHATI ANAK

Ibu bapa yang berpengaruh adalah ibu bapa yang membina anak berjiwa besar. Anak-anak perlu diberi ruang untuk sentiasa berfikir. Anak-anak perlu diberikan pilihan bukan hanya arahan.

Dengan misi untuk berkongsi ilmu tentang misi menjadi ibu bapa yang berpengaruh, Dzul Iman akan memulakan siri Khalifah Parenting course (KPC) bagi tahun 2017 pada 11 Februari (Sabtu) di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah Perak.

Dijemput hadir buat ibu ayah atau guru yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kaedah Khalifah.

Untuk pendaftaran boleh hubungi nombor tertera.

poster_ibubapaberpengaruh

Suka Membaca Vs Cepat Membaca

Suka Membaca Vs Cepat Membaca

Suka Membaca Vs Cepat Membaca

Menanam minat terhadap buku dan ilmu adalah jauh lebih penting daripada sekadar membina kemahiran membaca. Anak yang SUKA membaca akan memiliki kekuatan jangka panjang untuk terus meneroka ilmu tanpa perlu disuruh arah oleh sesiapa.

Jangan tergesa-gesa ingin anak pandai baca hingga menjejaskan sukanya anak pada buku. Elakkan cela dan paksa. Marah dan arah. Banyakkan penghargaan dan dorongan. Hargai proses belajar agar anak sentiasa mendapat ransangan positif. Tidak mengapa jika anak membaca sedikit lambat namun penuh MINAT. Minat/cinta pada buku dan ilmu ini menjadi aset besar yang memacu anak pada kecemerlangan dunia akhirat.

PUJIAN MEROSAKKAN?

PUJIAN MEROSAKKAN?

Antara cara mendorong anak yang paling mudah adalah dengan kata-kata penghargaan atau pujian. Namun tidak semua pujian itu baik. Ada pujian yang membawa kerosakan.

Pujian yang dituju kepada diri anak, tanpa disebut perbuatan baiknya, boleh menyebabkan anak menyangka dia berhak mendapat pujian tanpa perlu mengusahakan apa-apa. Jika tidak dikaitkan dengan Allah, jiwa anak akan bergantung pada kehadiran kita untuk sentiasa memberi maklumbalas. Anak juga mudah terjebak pada sifat sombong kerana lupa bahawa kelebihan yang ada semua dari Allah semata. Ringkasnya, pujian yang salah boleh melahirkan anak yang sombong atau malas berusaha.

Apakah cara memuji yang BETUL dan BERKESAN untuk mendorong kebaikan?
Pujian yang betul dan berkesan perlu mempunyai 5 ciri ini:

1. puji PERBUATAN anak, bukan orangnya
2. sebut kesan perbuatan baik itu
3. pujian terus diberi saat perbuatan baik dilakukan
4. pujian diberi dengan spesifik, lebih khusus lebih berkesan
5. pujian sentiasa dikaitkan dengan Allah/hari akhirat agar melatih ikhlas dan ihsan
6. pujian jujur dari hati, jangan dibuat-buat

Contoh: “Bagus Amin susun buku (1), kemas (2)! Tersusun dari yang besar kepada yang paling kecil (4). Allah suka lihat kita kemas dan teratur. Tentu bertambah pahala Amin nih  (5)” Kemaskan pujian dengan senyuman yang mendorong 

Pujian yang betul akan turut memberi impak kepada anak-anak lain yang mendengarnya. Mereka jelas yang mereka juga boleh menjadi BAGUS jika mereka melakukan perbuatan yang sama. Mereka terdorong untuk meniru dengan setepatnya perbuatan baik itu kerana pujian yang spesifik (susun buku dari yang besar kepada yang keci) memudahkan mereka faham sikap baik yang diharapkan.

Dorong anak menjadi baik melalui pujian yang BETUL dan BERKESAN. Inilah antara cara kita menanam keinginan anak untuk cintakan kebaikan. ‘Be good by choice- choose to be good!

Allahumma taqabbal minna, amiin