Rombongan Dzuliman ke Padang Panjang

Rombongan Dzuliman ke Padang Panjang

Alhamdulillah. Rombongan belajar ke Padang Panjang pada 11-14 Mac lalu. Tim Dzul Iman disambut ramah sahabat di sana. Dirai bagai saudara yang pulang ke kampung halaman.

Kami kembali ke tanahair dengan ilmu dan kenangan yang penuh bermakna. Bukan hanya alamnya indah, malah manusianya bersifat ramah dan rahmah.

Barokallahulakum. Illalliqa’ insyaAllah.

Usrah Pertama 2019

Bismillahirrahmanirrahim

14 Feb 2019, pengusaha Tadika Dzul Iman berkumpul di Raudhah alMiqyas bagi Usrah Meeting pertama untuk 2019. Jazakumullahu khair pada semua adik kakak yang dikasihi. Yang hadir termasuk yang bermusafir dari Perak dan Pulau Pinang💪 yang tidak hadir, dihadirkan jua melalui doa-doa kita 💕

Tahun baru meminta fokus yang lebih jelas di peringkat pengusaha tadika dan pengurusan pusat. Kekuatan semua pihak tertumpu pada peningkatan ilmu dan kesatuan tindakan yang dibentuk melalui adab berbincang dan kejujuran. Peningkatan pada modul pendidikan dan kejelasan terma muamalah bisnes, antara agenda yang diberi keutamaan.

Tahun 2018 merupakan tahun kematangan yang membawa tenang. Moga ruang ini melonjakkan lagi semangat di tahun 2019 untuk peningkatan kualiti khidmat dan ilmu para pendokong Dzul Iman (pengusaha/ guru-guru/ ibubapa)

Program ditutup dengan pengisian ‘Kenal Allah’ bersama Dr Sholihah, yang menitipkan rasa bahagia sebagai hamba, dan kekuatan mendepani perubahan – seluruhnya atas keyakinan kita punya Tuhan, Pengatur/Pendidik Sekelian Alam.

Allahuakbar walillahilhamd!

Guru-guru Dzuliman

Guru-guru Dzuliman

Di Dzul Iman, kami para guru diberi pesanan & latihan supaya berusaha untuk mendidik dengan kasih sayang. Mendidik dengan kasih sayang adalah pendidikan yang dicontohkan oleh Rasulullah. Kerana itu kita perlu bermisi untuk menjadi guru yang MENDORONG bukan MENGARAH.

 

Sekitar 200 guru Dzul Iman sedang mengikuti kursus bulanan guru (GERAK) di Yayasan Restu.

Kita bukan hanya ingin lahirkan anak yang pandai baca, pandai mengaji, pandai solat dan sebagainya tapi kita ingin lahirkan anak yang CINTA. Kita ingin anak pandai baca dan cinta kepada ilmu dan buku, kita ingin anak pandai solat dan cinta untuk solat.

Kita ingin anak buat sesuatu kerana dia yang PILIH. Dia memilih kerana dia tahu dia KHALIFAH ALLAH. Khalifah yang memilih untuk jadi baik dan memilih apa yang Allah suka.

Ia adalah suatu proses yang perlu dibentuk dengan betul dan akan mengambil masa. Kuncinya konsisten, sabar dan percayakepada anak. Kita perlu sentiasa pegang untuk memberi yang betul dengan cara yang betul.

Moga Allah bantu kita memilih apa yang Allah suka. Biiznillah.

*Nota: di Dzul Iman kami menyebut pelajar-pelajar sebagai anak-anak.

 

Antara barisan guru-guru Dzuliman yang penyayang

 

Guru-guru Dzuliman Alam Megah
Guru-guru Dzuliman Batu Buruk, Terengganu
Guru-guru Dzuliman Jalan Kebun
Guru-guru Dzuliman Seksyen 9, Shah Alam
Guru-guru Dzuliman Seremban 2
Guru-guru Dzuliman Ukay Perdana