PENGUSAHA TADIKA SWASTA

PENGUSAHA TADIKA SWASTA

pengusaha_tadika_swastaTadika swasta hadir ke dalam masyarakat membawa agenda da’wah dan pendidikan. Ia menjangkau peranannya sebagai entiti perniagaan.

Pengusaha tadika adalah pendidik kepada guru-guru yang bekerja bersamanya, juga anak-anak kecil yang dimuliakan di tadikanya. Saling belajar dan berpesan dalam memperbaiki khidmat buat ummat.

Pengusaha bekerja melewati sasaran peribadi mencukupkan kos operasi. Juga melewati sasaran sesetengah ibuayah untuk anak pandai membaca dan cekap mengira.

Pengusaha bekerja membina asas kecemerlangan ummat. Ilmu dan akhlaq disuburkan di jiwa anak dengan hati-hati, sarat psikologi. Anak dibimbing lembut namun tegas dengan sasaran jelas.

Pendidikan bukan sebatas perniagaan. Ia agenda penting ummat, penentu masa depan. Dalam menyanyi dan mengaji bersama anak-anak kecil ini, pengusaha sedar ia adalah tugas besar yang perlu diurus serius.

Motivasi kerja seorang pengusaha tadika melewati imbalan dunia. Sasarannya adalah kebaikan buat masyarakat serta kejayaan di akhirat. Bekerja sebagai hambaNya, bukan tuanpunya.

Mohon Allah pimpin dan kuatkan kita semua- pengusaha, guru dan ibuayah untuk bekerjasama memberi yang terbaik untuk anak-anak generasi akhir zaman ini. La quwwata illa billah!

Kisah Pembukaan…

Kisah Pembukaan…

Renung semula kisah membuka tadika…

Dzul Iman ditubuhkan untuk anak sendiri dan anak-anak ummat setempat. Sebagai ruang khidmat. Mahu jadi ‘your neighborhood kindergarten’. Idea asal hanya ingin membuka SATU sahaja tadika, yang kecil comel – small & beautiful!

Namun perlahan-lahan didorong dengan sokongan ibuayah, dan dilorong dengan kemudahan dari pelbagai arah, hingga menjadi 50 cawangan hari ini. 50 cawangan yang tiada dalam ‘business plan’, rupanya berada dalan perancangan Tuhan.

Alhamdulillah thummalhamdulillah!

latest_map