Pesan Sempena Konvokesyen Tadika

Pesan Sempena Konvokesyen Tadika

Pesan kakanda Pn Badariah Ismail.
Pengasas Dzul Iman

🌸🌹🌸🌹🌸

Pesan Sempena Konvokesyen Tadika

Musim konvokesyen untuk anak-anak tadika tiba lagi🤗

Majlis kemuncak dalam meraikan anak-anak kecil ini tidak wajar diadakan hanya untuk memenuhi rutin tahunan tadika. Ia harus kekal sebagai sebahagian dari proses mendidik dan dorongan positif untuk anak-anak menggilap potensi sbg hamba dan khalifahNya.

Tidaklah mereka dicipta untuk menjadi ‘professional entertainer’. Mereka dihantar ke pentas itu untuk menggilap yakin diri, belajar berdisiplin dan menjadi ‘team player’. Raikan secara positif seluruh kelebihan, juga kesilapan anak-anak kecil yang sedang melalui proses yang besar ini.

Majlis ini tidak perlu gah, jauh sekali medan bermegah. Memadai ia menjadi meriah dan ramah, sesuai usia sikecil kita. Yang diraikan itu mereka. Jangan dipaksa beraksi dewasa. Hargai usaha dan semangat anak-anak untuk terus meneroka.

Untuk para pendidik, guru dan ibuayah, konvokesyen wajib menjadi medan ibadah, dakwah kita untuk ummah. Sasaran kita zero dosa. Walau mustahil kita begitu bersih, kita harus usahakan agar konvokesyen tadika kita meminimakan ruang ikhtilat, menjaga aurat dan seumpamanya.

Bantulah kami memperbaiki ‘amal kami ya Rabb. Allahumma a’inna ‘ala zikrika wasyukrika wahusni ‘ibaadatik, amiin

‘Lesson Plan Aidil Adha

Menjemput semua guru-guru tadika untuk sharing PERCUMA ‘Lesson Plan Aidil Adha‘.

Tema: Kasih Sayang dan Pengorbanan. Beserta lagu dan aktiviti menarik untuk anak kecil.

Tarikh : 10 Ogos 2018
Jam : 10pagi-1130pagi
Lokasi : Kahfi Dzul Iman, USJ9, Subang Jaya.

Hubungi Cik Sina untuk daftar percuma 0172419238

Lawatan daripada TASKI ABIM Johor

Lawatan daripada TASKI ABIM Johor

Alhamdulillah.

Pada 27/7/2018,  Dzul Iman telah menerima lawatan daripada TASKI ABIM Johor. Sesi berkongsi pengalaman dan pendekatan kaedah khalifah yang menjadi tunjang belakang keseluruhan sistem pendidikan di Dzul Iman Smart Khalifah telah berjalan dengan jayanya.

Terima kasih TASKI ABIM atas kunjungannya 

 

Seminar : Creating Khalifah Teachers

Seminar : Creating Khalifah Teachers

Terbuka kepada guru-guru tadika dan taska yang mencita-citakan pembelajaran yang CERIA dan BERMAKNA.

Membina guru yang mendidik dengan kasih sayang dan kesedaran berTuhan.

Pelajari teknik komunikasi positif dan terarah.

 

Tarikh : 28/7/2918

Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang

Lokasi : Pusat Latihan Dzul Iman, USJ 9

Yuran : RM100.

Hubungi segera: 017 241 9238

Dzuliman di Karnival Pendidikan Smart Selangor

Dzuliman di Karnival Pendidikan Smart Selangor

smartsel_1Karnival Pendidikan #SmartSelangor 2017 telah  berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC CONVEC) pada 7 dan 8 November 2017.

2,017 kanak-kanak telah memeriahkan sambutan Hari Tadika Selangor 2017 dan 100 pengusaha tadika Selangor telah dianugerahkan dengan anugerah Penerima Anugerah Setia Khidmat Bakti Pengusaha Tadika Selangor.

Dzuliman telah turut serta di karnival ini untuk berkongsi lebih maklumat dan berkongsi pengalaman dengan pengunjung tentang pembelajaran di tadika Dzuliman dan juga Dzuliman Quranic Life School.

smartsel_2smartsel_3

PERLUKAH AJAR ANAK TADIKA SOLAT?

PERLUKAH AJAR ANAK TADIKA SOLAT?

kursussolatMenjemput guru-guru yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang SOP Didik Anak Cinta Solat yang dilaksanakan di tadika Dzul Iman. Kursus ini akan diadakan pada 24 Ogos.

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang online di
https://tinyurl.com/cintasolat1
https://tinyurl.com/cintasolat1
https://tinyurl.com/cintasolat1

Sabda Rasulullah SAW
“مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا، وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ”
“Perintahkanlah anak-anakmu melakukan shalat di waktu dia berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka kalau sudah berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka (maksudnya antara anak laki-laki dan perempuan)” (HR. Abu Daud)

Usia tadika dari 4 hingga 6 tahun jelas tidak disebutkan dalam hadith ini. Apakah ada sesuatu yang perlu dibuat sebelum ‘perintahkan anakmu solat’? Apakah pendidikan solat perlu sebelum usia tujuh?

Ya. Pendidikan solat wajib berlaku di tadika. Ia sebenarnya adalah pendidikan berterusan. Penerusan pada pendidikan yang telah kita mulakan sejak bayi. Pendidikan yang fokus pada memupuk cinta dan bahagia solat. Bukan menekankan cara dan fekah solat. Mengutamakan MAHU daripada TAHU.

Dengan pendekatan mendidik yang betul di usia tadika, anak telah punya jiwa yang subur cinta di usia tujuh, fasa ‘perintah’. InsyaAllah berbekalkan rasa MAHU solat, anak sendiri mahu TAHU. Anak bersedia belajar lebih lanjut tentang solat. Atas asas ini, anak akan terbina MAMPU solat di usia sepuluh dan seterusnya, insyaAllah.

‘Pendidikan terencana dan penuh cinta’

Reading Buddies @PPAS

Reading Buddies @PPAS

ppas_2
Sesi santai ceria bagi menambah minat anak membaca😍

Kerjasama Dzul Iman dgn PPAS dalam memantapkan budaya ilmu.

Jemput ibu ayah membawa anak-anak ke PPAS Sabtu ini🤗

 

Tarikh : 22 Julai 2017(Sabtu)

Jam : 11.00 pagi – 12.00 tengahari

Lokasi : Zon Kreatif, PPAS Raja Tun Uda Shah Alam

               Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

 

Kursus Ibubapa Berpengaruh 23/7/2017

Kursus Ibubapa Berpengaruh 23/7/2017

influential_230717Semua ibuayah ingin mendidik anak tanpa perlu marah-marah. InsyaAllah, dengan ilmu yang benar, kita akan dapat menjadi ibuayah yang lebih tenang ceria, walau dalam situasi yang sukar.

Dengan berbesar hati, kami menjemput anda semua untuk hadir ke kursus ini. Terbuka kepada umum.

Tarikh  pada 23/7/2017(9.00 pagi – 1.00 petang).

Lokasi di Dewan Saidina Abu Bakar, Masjid As-salam Puchong.

Sila hubungi 017 241 9238 untuk sebarang pertanyaan.

#khalifahmethod