23 Tahun Dzuliman

 

 

 

 

 

 

“Kenapa sambut 23 tahun ya? Biasa orang sambut 25 tahun”, tanya seorang sahabat.

Tiada jawapan jelas untuk diberi. Namun pastinya tiada yang kebetulan. Terfikir-fikir apakah hikmah Allah gerakkan adik-adik tim pengurusan untuk bersemangat menempah kek 23 tahun Dzul Iman ini 🤔 Terkezut kak tengok kek besar ni semalam 😍

Teringat perjuangan Baginda Nabi Muhammad SAW selama 23 tahun. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Fasa Makkah dan Madinah ini bagai mendidik kami di Dzul Iman.

13 tahun pertama, Dzul Iman bergerak perlahan bersama ‘founders’ yang sibuk menyantuni anak-anak sendiri yang masih kecil. Pejabat kami adalah di tadika-tadika Dzul Iman yang baru berjumlah belasan ketika itu. Usrah dan ‘meeting’ digilir dari satu cawangan ke satu cawangan.

Setelah itu barulah sebuah pejabat disewa. Perlahan-lahan dengan izin Tuhan, kini Dzul Iman selesa beribupejabat di USJ9 bersama ruang latihan yang muat 100 orang.

Di fasa sekarang, tugas mendidik sekitar 270 guru-guru kita menjadi fokus utama. Yang lebih kritikal dari kemahiran mengajar, adalah kefahaman guru pada tujuan pendidikan yang sebenar.

Yang lebih utama dari kreatifnya para guru, adalah kesabaran mereka dalam menyantuni anak-anak. Akhlaq guru adalah didikan paling berkesan buat anak kecil yang setia mahu meniru segalanya.

#pendidikterdidik adalah misi besar kita. Silibus yang terbaik pun, tetap akan gagal jika guru tidak terdidik untuk melaksanakannya. Mendidik perkara yang benar, dengan benar, dengan sabar.

Moga di usia 23 tahun, Dzul Iman berada di fasa baru. Bersiap untuk berkongsi apa yang dibangunkan ini dengan masyarakat, terutama sahabat-sahabat di medan perjuangan yang sama. Bergerak tanpa dihalang oleh jenama. Kita jelas bahawa jenama patut membantu ta’aruf dan ta’awun kita. Bukan membantutkannya.

Allahummahdina wasaddidna, amiin.

#mewariskankebenaran
#pendidikterdidik
Catatan 090418

Tiada Jajan Pada Hari Ulangtahun Kelahiran

Tiada Jajan Pada Hari Ulangtahun Kelahiran

Satu perkongsian yang menarik daripada Dzuliman Seksyen 8.

Antara perkara besar dalam peraturan tadika yg baru saya perkenalkan tahun ini adalah larangan membawa ‘kek’ semasa sambutan hari lahir di sekolah. Hanya fresh fruit ‘cake’ atau pulut berhias dibenarkan. Tahun sebelum ini, saya hanya tidak benarkan ‘jajan’ sebagai goodies. Alhamdulillah parents follow (tak suka pun kena follow). Tapi saya educate parents juga utk buang assumptions yg anak2 ni suka jajan. Saya tahu matlamat parents nak anak2 happy. Lagi pun kat tadika kita ajar healthy food, alih2 masa birthday macam2 pulak muncul. Kan tak konsisten tu 😁

Alhamdulillah sepanjang tahun2 sebelum ni dengan beberapa kali sambutan hari lahir setiap bulan, anak2 sangat happy dengan goodies bukan jajan ni. Rules dia simple je. Anak2 ni kalau dapat ‘hadiah’, pemadam seketul pun dia dah suka sangat. Tak sabar nak bawa balik tunjuk kat mak ayah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadi tahun ni, konsep sambutan hari jadi adalah memberi. Sebelum ni parents bagi goodies, ustazah masuk kan dalam beg anak2 terus. Tapi tahun ni saya tukar sikit. Goodies tu diberi direct kepada kawan2 oleh birthday boy or girl tu. Dan tanamkan konsep bersyukur Allah panjangkan usia kita jadi kita banyak kan bersedekah. Lepas tu kawan2 nyanyi lagu Allah Selamat kan kamu dgn lagu happy birthday.

Cukup la simple je. Kek canggih2 nak makan boleh. Tapi kat rumah la. Jenuh tauuu tiap2 kali lepas makan kek, ustazah nak layan sugar rush sorang2. Buat kat rumah masing2 takpe, parents masing2 boleh jaga. Boleh jemput ustazah juga. Lepas makan ustazah boleh balik 😎

Dan dah 2 kali sambutan birthday sejak January ni, Alhamdulillah penerimaan baik 😍