Kursus Ibubapa Berpengaruh 23/7/2017

Kursus Ibubapa Berpengaruh 23/7/2017

influential_230717Semua ibuayah ingin mendidik anak tanpa perlu marah-marah. InsyaAllah, dengan ilmu yang benar, kita akan dapat menjadi ibuayah yang lebih tenang ceria, walau dalam situasi yang sukar.

Dengan berbesar hati, kami menjemput anda semua untuk hadir ke kursus ini. Terbuka kepada umum.

Tarikh  pada 23/7/2017(9.00 pagi – 1.00 petang).

Lokasi di Dewan Saidina Abu Bakar, Masjid As-salam Puchong.

Sila hubungi 017 241 9238 untuk sebarang pertanyaan.

#khalifahmethod

TEGAS bukan MARAH

Tegas adalah asas dalam mendidik. Ibuayah yang tidak tegas akan menghantar mesej yang salah kepada anak tentang kredibiliti ibuayah dalam memimpin keluarga. Anak kurang hormat dan kurang taat. Malah anak merasa kurang selamat.

Tegas bukanlah kasar atau marah. Tegas ialah benar-benar melaksanakan peraturan yang telah disetujui dengan cara yang baik, dengan kasih sayang. Dalam method Khalifah, prinsip ini disebut sebagai ‘Firm and kind’.

Bagaimanapun, peraturan atau perlakuan yang diharapkan itu, perlulah dalam kemampuan usia anak untuk memahami dan mematuhinya.

“Muhammad nak solat duduk” rengek anak yang demam. Walau demam, ummi lihat sebentar tadi dia aktif berlari-lari bermain dengan kucing.

“Boleh solat duduk jika kita memang tak mampu berdiri. Muhammad nampak kuat dah”, pujuk ummi.

“Muhammad takut muhammad pening. Nanti jatuh”, anakanda memberi alasan.

Ummi tahu yang ummi tidak boleh mengalah pada alasan itu. Masa untuk bertegas.

“Cubalah berdiri dulu. Allah tahu kita kuat atau tidak. Jika sungguh tak larat, duduklah, Allah faham. Tapi kalau kuat, kena usaha berdiri. Dengan Allah kita memang tak boleh bohong. Allah tahu semua”, ummi terangkan jelas dengan nada tegas.

Mata ummi terus dihalakan pada sejadah dan ummi mula bersolat. Melihat reaksi ummi, anakanda juga mengangkat takbir dan menjadi makmum hingga selesai empat rakaat, dengan berdiri 🙂

Lepas solat, ummi peluk muhammad.

“Bagus muhammad usaha juga solat berdiri. Banyak pahala muhammad. Muhammad dah menang 🙂 Alhamdulillah!” Bersinar mata anakanda, dan mulalah dia berceloteh apa saja.

.
#tegasdengankasihsayang
#khalifahmethod

Pemurah Ketika Susah

Pemurah Ketika Susah

pemurahketikasusahAssalamualaikum warahmatullah!

Dzul Iman bahagia mengajak sahabat untuk meneruskan budaya memberi. Kita telah menggerakkan kutipan lebih 10k utk mangsa kebuluran Yaman, sekitar 5k untuk masjid Nigeria, lebih 5k untuk anak yatim/miskin Subang Jaya dan lebih 5k untuk sekolah wakaf kita #dzulimanQuranicLifeschool

Sempena bulan Ramadan yang mulia, kita buka ruang menyumbang untuk saudara di Syria. Hari pahala infaq berlipat ganda!

Infaq RM10 untuk gembirakan saudara-saudara kita di sana 😊

Allahumma taqabbal minna, amiin.
.

#pemurahketikasusah

KAHFI

KAHFI

KAHFI

Ini gua operasi zaman teknologi
Namanya Kahfi
Dalamnya diulang-ulang janji pada Ilahi
Pada tiap solat dan majlis ilmu di sini
Doa pemuda al-Kahfi menjadi pemula hari

Solat, usrah dan mesyuarat
Kerja keras, zero mengumpat (fuh!)
Mengaji dan merancang strategi
Masih berjuang hari-hari
Bersama kasih sayang dan rindu kami

Kecil Kahfi ini, namun besar cita-cita kami
Lahir kepimpinan efisien berjiwa sufi
Lahir para guru kompeten dan berbudi
Lahir anak-anak pembawa obor ummat ini

Kecil Kahfi ini, namun besar cita-cita kami
Menjadi penyelamat aqidah ummat
Teguh menerjah fitnah dajjal terlaknat
Jelas kekuatan pada ilmu dan iman
Jelas pergantungan hanya pada Tuhan

Di tiap titik mula dan akhir
Akur insan pada hakikat fakir
Tiap rasa, usaha dan hasil
Adalah dari DIA
Allah yang Maha Memberi dan Maha Melaksana

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”
(Al-Kahfi:10)

La quwwata illa billah!

Nota: Kahfi adalah nama rasmi pejabat pentadbiran Dzul Iman Pusat😍
#mewariskankebenaran

.

 kahfi

Generator membantu menerangi Ramadhan

Generator membantu menerangi Ramadhan

Alhamdulillah😭 👍
Dua generator sumbangan keluarga besar Dzul Iman telah sampai di dua masjid di Nigeria.

InsyaAllah dapat membantu menerangi ibadah Ramadhan saudara kita di sana.

Jzkmlhu khairan kathiira atas sumbangan ibuayah serta sokongan semua warga Dzul Iman. Moga menjadi amal soleh kita semua, amiin