Click On The Book To Place Order

COME AND JOIN OUR BIG FAMILY!

Islamic kindergarten with strong emphasis on Adab.
Focusing on the character development of your little ones

Whatsapp +6017 683 4909 or click the button for online registration.

RAMADHAN, THE MONTH OF AL-QURAN

 

PANDUAN ANAK KECIL CINTAKAN RAMADHAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca penuh DI SINI

OUR FACEBOOK

MENDORONG ANAK DENGAN PUJIAN YANG BERKESAN

Antara cara mendorong anak yang paling mudah adalah dengan kata-kata penghargaan atau pujian. Namun tidak semua pujian itu baik. Ada pujian yang membawa kerosakan.

Pujian yang dituju kepada diri anak, tanpa disebut perbuatan baiknya, boleh menyebabkan anak menyangka dia berhak mendapat pujian tanpa perlu mengusahakan apa-apa.

Jika pujian tidak dikaitkan dengan Allah, jiwa anak akan bergantung pada kehadiran kita untuk sentiasa memberi maklumbalas. Anak juga mudah terjebak pada sifat sombong kerana lupa bahawa kelebihan yang ada semua dari Allah semata. Ringkasnya, pujian yang salah boleh melahirkan anak yang sombong atau malas berusaha.

Apakah cara memuji yang BETUL dan BERKESAN untuk mendorong kebaikan?

Pujian yang betul dan berkesan perlu mempunyai 5 ciri ini:

1. puji PERBUATAN anak, bukan orangnya
2. sebut kesan perbuatan baik itu
3. pujian terus diberi saat perbuatan baik dilakukan
4. pujian diberi dengan spesifik, lebih khusus lebih berkesan
5. pujian sentiasa dikaitkan dengan Allah/hari akhirat agar melatih ikhlas dan ihsan
6. pujian jujur dari hati, jangan dibuat-buat

Contoh: "Bagus Amin susun buku (1), kemas (2)! Tersusun dari yang besar kepada yang paling kecil (4). Allah suka lihat kita kemas dan teratur. Tentu bertambah pahala Amin nih 👍 (5)" Kemaskan pujian dengan senyuman yang mendorong 😊

Pujian yang betul akan turut memberi impak kepada anak-anak lain yang mendengarnya. Mereka jelas yang mereka juga boleh menjadi BAGUS jika mereka melakukan perbuatan yang sama. Mereka terdorong untuk meniru dengan setepatnya perbuatan baik itu kerana pujian yang spesifik (susun buku dari yang besar kepada yang keci) memudahkan mereka faham sikap baik yang diharapkan.

Dorong anak menjadi baik melalui pujian yang BETUL dan BERKESAN. Inilah antara cara kita menanam keinginan anak untuk cintakan kebaikan. 'Be good by choice- choose to be good!

Allahumma taqabbal minna, amiin

#khalifahmethod
#pendidikterdidik
... See MoreSee Less

View on Facebook

Practical life activities 😊

Yes! i can do it.
Alhamdulillah.🍄Practical life🍄

Petang tadi khalifah belajar cara mengangkat dan menyusun katil. Cantik khalifah susun katil, kemas! Mesti Allah suka 😊

#learningisrewarding
#dzulimanbatuburuk
#dzulimansmartkhalifah
... See MoreSee Less

View on Facebook

Panduan Mendidik Anak di Akhir Zaman

1. Mengiktiraf anak sebagai makhluk yang mampu berfikir dan mampu memilih. Didik anak memahami dan bersemangat dalam memenuhi tujuan penciptaannya sebagai hamba dan khalifah Allah.

2. Mendidik anak-anak dengan bahasa iman dan bahasa sopan. Mendorong anak berperibadi cemerlang secara positif dan terarah, ceria serta bermakna.
.
#mewariskankebenaran #dzulimansmartkhalifah #thinkandchoose #choosetobegood
... See MoreSee Less

View on Facebook