23 Tahun Dzuliman

 

 

 

 

 

 

“Kenapa sambut 23 tahun ya? Biasa orang sambut 25 tahun”, tanya seorang sahabat.

Tiada jawapan jelas untuk diberi. Namun pastinya tiada yang kebetulan. Terfikir-fikir apakah hikmah Allah gerakkan adik-adik tim pengurusan untuk bersemangat menempah kek 23 tahun Dzul Iman iniĀ šŸ¤”Ā Terkezut kak tengok kek besar ni semalamĀ šŸ˜

Teringat perjuangan Baginda Nabi Muhammad SAW selama 23 tahun. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Fasa Makkah dan Madinah ini bagai mendidik kami di Dzul Iman.

13 tahun pertama, Dzul Iman bergerak perlahan bersama ‘founders’ yang sibuk menyantuni anak-anak sendiri yang masih kecil. Pejabat kami adalah di tadika-tadika Dzul Iman yang baru berjumlah belasan ketika itu. Usrah dan ‘meeting’ digilir dari satu cawangan ke satu cawangan.

Setelah itu barulah sebuah pejabat disewa. Perlahan-lahan dengan izin Tuhan, kini Dzul Iman selesa beribupejabat di USJ9 bersama ruang latihan yang muat 100 orang.

Di fasa sekarang, tugas mendidik sekitar 270 guru-guru kita menjadi fokus utama. Yang lebih kritikal dari kemahiran mengajar, adalah kefahaman guru pada tujuan pendidikan yang sebenar.

Yang lebih utama dari kreatifnya para guru, adalah kesabaran mereka dalam menyantuni anak-anak. Akhlaq guru adalah didikan paling berkesan buat anak kecil yang setia mahu meniru segalanya.

#pendidikterdidikĀ adalah misi besar kita. Silibus yangĀ terbaikĀ pun, tetap akan gagal jika guru tidak terdidik untuk melaksanakannya. Mendidik perkara yang benar, dengan benar, dengan sabar.

Moga di usia 23 tahun, Dzul Iman berada di fasa baru. Bersiap untuk berkongsi apa yang dibangunkan ini dengan masyarakat, terutama sahabat-sahabat di medan perjuangan yang sama. Bergerak tanpa dihalang oleh jenama. Kita jelas bahawa jenama patut membantu ta’aruf dan ta’awun kita. Bukan membantutkannya.

Allahummahdina wasaddidna, amiin.

#mewariskankebenaran
#pendidikterdidik
Catatan 090418