TEGAS bukan MARAH

Tegas adalah asas dalam mendidik. Ibuayah yang tidak tegas akan menghantar mesej yang salah kepada anak tentang kredibiliti ibuayah dalam memimpin keluarga. Anak kurang hormat dan kurang taat. Malah anak merasa kurang selamat.

Tegas bukanlah kasar atau marah. Tegas ialah benar-benar melaksanakan peraturan yang telah disetujui dengan cara yang baik, dengan kasih sayang. Dalam method Khalifah, prinsip ini disebut sebagai ‘Firm and kind’.

Bagaimanapun, peraturan atau perlakuan yang diharapkan itu, perlulah dalam kemampuan usia anak untuk memahami dan mematuhinya.

“Muhammad nak solat duduk” rengek anak yang demam. Walau demam, ummi lihat sebentar tadi dia aktif berlari-lari bermain dengan kucing.

“Boleh solat duduk jika kita memang tak mampu berdiri. Muhammad nampak kuat dah”, pujuk ummi.

“Muhammad takut muhammad pening. Nanti jatuh”, anakanda memberi alasan.

Ummi tahu yang ummi tidak boleh mengalah pada alasan itu. Masa untuk bertegas.

“Cubalah berdiri dulu. Allah tahu kita kuat atau tidak. Jika sungguh tak larat, duduklah, Allah faham. Tapi kalau kuat, kena usaha berdiri. Dengan Allah kita memang tak boleh bohong. Allah tahu semua”, ummi terangkan jelas dengan nada tegas.

Mata ummi terus dihalakan pada sejadah dan ummi mula bersolat. Melihat reaksi ummi, anakanda juga mengangkat takbir dan menjadi makmum hingga selesai empat rakaat, dengan berdiri 🙂

Lepas solat, ummi peluk muhammad.

“Bagus muhammad usaha juga solat berdiri. Banyak pahala muhammad. Muhammad dah menang 🙂 Alhamdulillah!” Bersinar mata anakanda, dan mulalah dia berceloteh apa saja.

.
#tegasdengankasihsayang
#khalifahmethod

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *